Zaman sekarang cukup senang boleh sahaja beli semua barangan yang diidam secara dalam talian, tekan-tekan terus beli dan esok lusa mungkin boleh sampai.

Tetapi kita pula kena pandai memilih penjual dalam talian itu sama ada dia boleh dipercayai atau tidak kerana terdapat banyak risiko yang perlu ditanggung seperti barang rosak atau lambat sampai, produk palsu atau barang berbeza sungguh saiznya dengan apa yang diiklankan, tambah-tambah kalau kita suka membeli barangan dengan harga yang murah lain macam.

Jika orang dewasa yang tertipu ketika membeli dalam talian, ada yang boleh terima sebab duit dia banyak tak terpakai-pakai. Tetapi macam mana kalau kanak-kanak kecil yang membeli barangan idamannya secara dalam talian, tambahan pula ketika dia mengharap barang itu kena serupa dengan apa yang dilihatnya.

@creepyposta/Twitter

Beberapa gambar yang dimuat naik dalam laman Twitter ini menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan yang pada mulanya amat teruja menerima parcel barangan yang dia pesan di Lazada.

Malangnya lain pula barang yang dipesannya iaitu beg Hello Kitty berwarna ‘pink’ dan yang sampai jauh berbeza daripada apa yang diidamnya dengan penuh harapan.

@creepyposta/Twitter

Salah satu gambar yang dimuat naik oleh pengguna Twitter @creepyposta, menunjukkan kanak-kanak itu kelihatan mula memuncung dan menjadi sedih sebaik sahaja ibunya membuka bungkusan yang mengandungi beg tersebut.

@creepyposta/Twitter

Dia menjadi kecewa melihat sebuah beg berwarna gelap di hadapannya dan bukan beg tangan Hello Kitty berwarna ‘pink’, lalu spontan dia meraung kerana sakit hati apabila melihat beg yang sampai lain daripada yang lain, tak serupa bikin.

@creepyposta/Twitter

Susulan tularnya tweet tersebut yang mendapat hampir 2,000 tanda suka dan 1,000 retweets di Twitter, rata-rata netizen turut bersimpati dengan rasa sakit hati kanak-kanak ini kerana mereka pun pernah kena tipu dengan situasi yang lebih kurang serupa macam itu. Cuma tak meraung sahaja, sebab muka orang dewasa pasti nampak buruk kalau meraung.

@creepyposta/Twitter

Walaupun nampak kelakar, tetapi ada yang berpendapat emosi kanak-kanak itu mungkin terganggu dan dia akan ingat peristiwa berkenaan sampai ke besar, sebab dia ingat rupa beg Hello Kitty itu berwarna ‘pink’ dan mana ada beg Hello Kitty berwarna gelap atau kelabu macam itu.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria

Video Popular