CANBERRA – Baru-baru ini, kakitangan dari Perpustakaan Nasional Australia dilaporkan telah menemui satu bar coklat yang dikatakan berasal dari Perang Boer (1899 – 1902).
Anehnya, coklat bar milik Andrew Barton “Banjo” Paterson tersebut didapati masih dalam keadaan elok dan hanya reput sedikit sahaja.
Stesen televisyen ABC bahkan menggambarkan coklat bar berjenama Cadbury tersebut masih ‘tidak dicemari’ walaupun sudah berusia lebih daripada seabad dan kelihatannya masih elok untuk dimakan.
Apa yang lebih menarik, coklat tersebut masih berbungkus dalam bungkusan jerami dengan pembungkus foil perak yang kemas.
Menurut pegawai di Perpustakaan Nasional Australia (NLA), Jennifer Todd, coklat ini juga mempunyai bau yang menarik ketika dibuka pembungkusnya.
Penyelidikan lebih lanjut mengenai asal pemilik bar coklat itu menunjukkan bahawa coklat istimewa itu sebenarnya adalah hadiah dari Ratu Victoria kepada pasukan tentera yang menyertai Perang Boer.
Bersama coklat tersebut juga terdapat beberapa catatan milik Banjo Paterson yang berbunyi “Afrika Selatan, 1900” dan “Saya mengucapkan Selamat Tahun Baru, Victoria RI”, “Saya baru saja menerima sekotak coklat, hadiah daripada Duli Yang Mulia kepada para perajurit Afrika Selatan… ada permintaan untuk mereka daripada para pegawai dan orang ramai, sebagai kenang-kenangan.”
Dia kemudian dihantar ke Afrika Selatan pada Oktober 1899 sebagai wartawan perang untuk syarikat media Sydney Morning Herald dan The Age. Paterson disyaki telah membeli coklat tersebut dari pasukan yang bertugas dan menghantarnya semula ke Australia untuk diselamatkan daripada bahang panas di Afrika Selatan.
Maybe you're interested :
- ‘Blogger’ dan aktivis dihukum 4 tahun penjara kerana kritik kerajaan Parti Komunis China
- Nilai pasaran Facebook dan Twitter bernilai RM207 bilion hilang selepas menggantung akaun media sosial Trump
- Kumpulan berkait Beijing usaha tarik pengaruh media Amerika Syarikat dengan menaja lawatan wartawan, makan malam bersama eksekutif