Amerika Syarikat kini sedang berhadapan dengan kemunculan sosialisme, dan pola kebangkitan serupa ke atas apa yang telah berlaku di Cuba apabila negara itu tumbang ke tangan komunis, bermula asal-usul negara kapitalis yang mewah dan makmur berubah menjadi sosialisme, menurut bekas tahanan politik Cuba.

“Saya yakin pada masa ini, terdapat satu kuasa yang amat kuat di Amerika Syarikat sedang berusaha keras untuk beralih ke arah sosialisme,” kata Luis Zuniga, yang dipenjarakan kerana menentang ideologi komunisme di Cuba.

Zuniga memberi amaran, seperti apa yang telah dialami di Cuba, mereka yang terdorong dengan ideologi ini mungkin mengaku bukan seorang sosialis, tetapi itu hanya kerana ‘mereka tidak memberitahu anda’.

Diktator sosialis Cuba, Fidel Castro dan diktator sosialis Venezuela, Hugo Chavez tidak mengaku pada mulanya bahawa mereka itu adalah sosialis ketika mahu meraih sokongan rakyat untuk berkuasa, Zuniga memberitahu program ‘Crossroads’ terbitan The Epoch Times dalam wawancara baru-baru ini. 

Tetapi kedua pemimpin ini melaksanakan sistem pemerintahan sosialisme di negara mereka.

700 warga Cuba berarak untuk berhijrah menuju ke Amerika Syarikat di Tuzantan, Chiapas, Mexico pada 25 Mac 2019 (Jose Torres/Reuters)

Beberapa bulan setelah Fidel Castro merampas kuasa politik dan ketenteraan di Cuba pada tahun 1959, diktator itu berkata kepada media Amerika Syarikat, “Saya telah menyatakan dengan jelas – kami bukan komunis.”

Castro turut mendakwa ketika wawancara dengan CBC pada ketika itu, “Pendapat kami adalah bahawa … setiap orang berhak berfikir sesuka hati mereka dan ini adalah prinsip demokratik. Kami tidak mempunyai alasan untuk melarang pendapat apa pun, pendapat itu adalah prinsip demokrasi, itulah satu-satunya alasan untuk kami tidak melarang sebarang idea.”

“Kami tidak takut kepada idea kerana kami mempunyai idea kami dan kami percaya kepada idea kami,” tegas Castro.

Kedutaan Amerika Syarikat di Havana melaporkan kepada Jabatan Negara Amerika Syarikat bahawa Castro, dalam ucapannya pada tahun 1959 yang disiarkan di radio dan televisyen, berkata bahawa dia bukan komunis dan ‘juga bukan pejuang revolusi’.

Pada tahun 1959, Fidel Castro berjaya merampas kuasa dan berjanji kepada rakyat Cuba bahawa dalam masa 18 bulan, dia akan mengadakan pilihan raya bebas dan akan mengembalikan Perlembagaan Cuba 1940, yang dianggap sebagai salah satu perlembagaan paling demokratik di benua Amerika. Malangnya, tiada janji yang pernah ditunaikan.

Dua tahun kemudian, Fidel Castro menghapuskan undang-undang pilihan raya, dengan berkata, “Revolusi tidak mempunyai masa untuk pilihan raya. Tidak ada pemerintahan yang lebih demokratik di Amerika Latin daripada pemerintahan revolusi,” petikan laporan BBC.

Pada bulan Disember 1961, Castro akhirnya mendedahkan dalam ucapannya yang disiarkan di televisyen, “Saya seorang Marxis-Leninisme dan akan berpegang kepada satu sehingga akhir hayat.”

Zuniga berkata sementara diktator sosialis Castro dan diktator Venezuela, Hugo Chavez tidak mengaku mereka itu sosialis ketika meminta sokongan rakyat untuk berkuasa, mereka berdua akhirnya mewujud dan menerapkan sosialisme dalam pemerintahan.

“Dan apabila menyedari bahawa anda kini berada di bawah kendalian rejim sosialis, anda semua sudah selesai. Jaga demokrasi anda, kerana setelah anda kehilangannya, ia akan memakan masa puluhan tahun – melihat kebuluran, orang tidak bersalah dipenjarakan, kesengsaraan, dan semua pengalaman sama yang telah dialami oleh semua negara sosialis akan menimpa anda,” Zuniga memberi amaran kepada Amerika Syarikat.

Bagaimana sosialis mengekalkan kuasa

Akhbar Miami Herald dengan tajuk muka depan ‘Castro Dead’ di hadapan Restoran Versailles, Little Havana di Miami pada 26 November, 2016 (Wilfredo Lee/AP)

Luis Zuniga berkata, rejim sosialis di Cuba telah mengekalkan kuasanya dengan menggunakan dua cara. Yang pertama adalah penindasan menggunakan kekerasan terhadap rakyat, seperti hukuman penjara yang panjang dan hukuman mati oleh skuad penembak. Sesiapa sahaja boleh dihukum penjara antara 10 hingga 15 tahun hanya kerana bercakap sesuatu yang menentang rejim.

Cara kedua ialah mengekalkan kehidupan masyarakat dalam kemiskinan pada tahap sara hidup. Ramai warga Cuba bergantung kelangsungan hidup daripada wang yang dikirim oleh ahli keluarga mereka yang tinggal di luar negara, tambah Zuniga.

“Sistem ekonomi sosialis adalah kegagalan. Ekonomi berpusat adalah kegagalan kerana ia amat bertentangan dengan usaha, kehendak, dan tujuan manusia untuk memiliki taraf hidup yang lebih baik,” kata Zuniga.

Pada tahun 1958 sebelum Cuba menjadi negara sosialis, ia berada di tangga kelima dalam GDP per kapita, di belakang Venezuela, Argentina, Uruguay, dan Chile, menurut statistik PBB.

“Castro segera mengambil alih tentera, yang merupakan kekuatan kuasa sebenar. Bersama sokongan tentera baru yang diciptanya sendiri, diktator ini mengambil alih semua institusi, merampas harta persendirian, dan memenuhi semua prinsip doktrin komunis,” kata Zuniga.

Setelah menerapkan sistem sosialis sepenuhnya, negara ini bertahan dalam tempoh enam hingga tujuh tahun dengan memanfaatkan sumber-sumber besar yang diwarisi daripada kapitalis Cuba. Setelah semua kekayaan itu lenyap dihabiskan, Fidel Castro bergantung kepada Kesatuan Soviet untuk mendapatkan sokongan, kata Zuniga.

Sejak itu, Cuba jatuh di bawah penguasaan Kesatuan Soviet. Pakar Soviet menasihati kementerian dalam kerajaan Cuba, kata Zuniga.

Jumlah bantuan ekonomi Soviet ke Cuba dari tahun 1960 hingga 1986, yang terdiri dari subsidi perdagangan dan bantuan pembangunan yang dianggarkan sekitar USD40 bilion, menurut laporan 1986 yang dikeluarkan oleh CIA (pdf). 

Statistik dari penganalisis Cuba menunjukkan bahawa Havana bergantung kepada Kesatuan Soviet pada sekitar 70 peratus dari jumlah perdagangannya. Lebih daripada itu, Soviet membayar harga yang lebih tinggi secara tiruan untuk produk Cuba ‘sambil menetapkan harga eksportnya ke Cuba di bawah nilai pasaran dunia’, menurut laporan itu.

Tanpa bantuan Kesatuan Soviet, Cuba akan mengalami kesukaran untuk memenuhi ‘keperluan asas kepenggunaan dan pelaburannya’, tambah laporan itu lagi.

“Oleh kerana Cuba telah menjadi rakan tentera Soviet yang semakin penting pada skala global dan ketika Washington semakin fokus kepada tindakan proksi Havana ini di Hemisfera Barat, Moscow telah berusaha untuk memperolehi pengaruh yang lebih besar ke atas Cuba sebagai pembuat keputusan dalam pentadbiran negara,” jelas CIA.

Fidel Castro bersama pemimpin Kesatuan Soviet di Moscow pada 5 April, 1977 (STR/AFP/Getty Images)

Sosialisme di Eropah Barat

Sebahagian negara sosialis di Eropah Barat diwakili Sweden, Norway, dan Denmark sebagai contoh negara sosialis yang berjaya. Tetapi negara-negara itu beroperasi berdasarkan sistem kapitalis yang dipimpin oleh parti politik sosial demokratik, kata Zuniga.

Sistem sosialis yang sejati ‘bermaksud ekonomi berpusat dan sistem satu parti dalam sistem politik’, jelas Zuniga.

“Secara realiti, negara-negara Nordik iaitu Sweden, Norway, dan Denmark mempraktikkan ekonomi pasaran bebas yang dilaksanakan dengan mengenakan cukai yang tinggi, dan ditimbal balik dengan pelaksanaan hak program kerajaan yang pemurah,” menurut Jeffrey Dorfman, seorang profesor ekonomi dari Universiti Georgia yang menulis di Forbes.

Membongkar ekonomi sosialis di China

Kebanyakan orang juga percaya bahawa China telah menerapkan kapitalisme dan mencapai kejayaan besar dengan cara ini. Namun, rejim komunis China hanya menubuhkan beberapa Zon Ekonomi Khas (SEZ) di negara itu setelah melihat ekonomi Kesatuan Soviet runtuh, sambil menambah bahawa Kesatuan Soviet adalah ‘kekuatan ketenteraan tanpa ekonomi untuk menyokong struktur ketenteraan itu’, kata Zuniga.

SEZ di China adalah kawasan kapitalis yang menarik pelaburan asing dan terpisah dari wilayah China yang lain, di mana ekonomi yang dikuasai oleh negara atau wilayah yang mendominasi. Malahan warga China sendiri memerlukan ‘pasport khas’ untuk berpindah ke zon-zon tersebut, tambah Zuniga.

Rejim PKC menggunakan sumber pendapatan dari zon-zon khas itu untuk membiayai kuasa ketenteraan di China dan membina kekuatan nuklearnya, menurut Zuniga.

Perdana Menteri China, Li Keqiang berkata dalam satu sidang media yang diadakan oleh badan perundangan komunis China pada bulan Mei, “Masih terdapat kira-kira 600 juta rakyat yang berpendapatan sederhana atau rendah, atau lebih kurang. Pendapatan bulanan mereka hampir 1,000 yuan (RM620). Tidak mencukupi untuk  menyewa bilik di sebuah bandar China yang sederhana.”

Terdapat lebih daripada 40 peratus populasi dunia di China sahaja, yang dianggarkan berjumlah 1.4 bilion oleh Worldometer.

Noel Celis/AFP/Getty Images

Mesej dan amaran Luis Zuniga kepada Amerika Syarikat

“Amerika Syarikat adalah mercu tanda kebebasan dan demokrasi, dan itulah sebabnya negara lain berpaling tadah mendapat suaka kepada Amerika Syarikat untuk meminta bantuan sekiranya mereka berada dalam bahaya atau memerlukan pertolongan,” kata Zuniga.

“Amerika Syarikat juga sering menjadi penyedia pertama jika terdapat bencana nasional di mana sahaja di dunia dan inilah antara sebab mengapa terdapat kuasa yang mendorong sosialisme global mahu menyasarkan Amerika Syarikat,” tambah Zuniga.

“Sekiranya rakyat Amerika Syarikat ingin hidup dalam kemiskinan, apa yang harus mereka lakukan adalah memproklamasikan sosialisme dan memilih orang-orang sosialis,” katanya.

Tetapi Zuniga memberi amaran kepada rakyat Amerika Syarikat untuk terlebih dahulu mempertimbangkan pengalaman hidup mereka yang pernah hidup di bawah sosialisme untuk benar-benar memahami apa ertinya buat rakyat Amerika Syarikat, kerana kemudian baru menyesal, tidak kira apa yang anda kata, “Oh Tuhan, saya tidak tahu. Oh Tuhan, tiada siapa yang memberitahu saya”.

“Kami di Cuba telah memberi amaran kepada rakyat Venezuela dengan berkata jangan memilih Chavez, Chavez itu adalah seorang sosialis, Chavez itu akan menjadi diktator,” katanya.

Tetapi rakyat Venezuela berkata, “Tidak mungkin, kami tabah dan kuat. Kami adalah negara yang hebat, kami negara yang kaya. Tiada siapa yang boleh memaksa untuk melaksanakan sosialisme ke atas kami,” tambah Zuniga.

“Anda tahu apa, Chavez melaksanakan sosialisme kepada mereka. Dan saya katakan kepada mereka, anda tidak jauh berbeza dengan orang Poland, Jerman, Czech, Cuba … Kita semua berada di bawah kendalian rejim sosialis,” ujar Zuniga.

“Oleh itu, jangan abaikan amaran ini. Tolong jaga demokrasi anda. Tidak ada sistem seperti demokrasi bersama kebebasan, hak, peluang untuk memutuskan dan mencapai apa sahaja yang anda ingin capai menggunakan bakat, kemampuan, dan kerja keras anda. Itu hanya hak istimewa dalam sistem demokrasi dan sistem kapitalis ekonomi. Sosialisme adalah bencana,” tegas Luis Zuniga memberi amaran.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Benua Amerika GLOBAL

Video Popular