Selalunya, pasukan penyelamat bertugas untuk menyelamatkan manusia – lakukan bantuan pernafasan (CPR) pada waktu-waktu kecemasan.

Namun lain pula yang dilakukan oleh anggota penyelamat di Thailand yang bernama Mana Srivate ini, di mana dia telah melakukan CPR ke atas gajah!

Menurut laporan, Mana telah dihubungi berhubung seekor anak gajah yang telah dilanggar oleh motosikal di wilayah Chathanburi pada hari dia tidak bertugas.

The Guardian

Sementara rakannya yang lain bantu merawat kecederaan penunggang motosikal, Mana dilihat memberikan tekanan menggunakan kedua-dua tangannya pada anak gajah itu.

Mujurlah kedua-dua pihak iaitu penunggang motosikal dan juga anak gajah itu tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

“Sudah menjadi lumrah untuk saya menyelamatkan nyawa. Saya bimbang kerana saya dapat mendengar ibu gajah dan beberapa ekor gajah yang lain memanggil anak gajah itu”.

Mana hanya membuat anggapan sahaja berkenaan kedudukan jantung anak gajah berdasarkan teorinya dan juga video dalam talian yang disaksikannya.

The Guardian

Dalam 10 minit kemudian, anak gajah tersebut dilihat bangkit dan dibawa ke lokasi lain untuk rawatan lanjut.

Dan ia kemudiannya dibawa kembali ke tempat kejadian tersebut, di mana ibu dan kawanan gajah yang lain turut berada di sana, memanggil anaknya.

Anak gajah malang itu walau bagaimanapun sudah disatukan semula dengan ibunya.

Kongsi Mana, walaupun dia sudah banyak kali melakukan CPR ke atas manusia, namun hanya gajah sahaja yang berjaya dihidupkan semula dan diselamatkan.

Tonton video penuhnya di bawah :

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI VIDEO

Video Popular