Siapa sangka dengan hanya melihat cara seseorang memegang cawan, kita boleh mengetahui pandangan dan isi hati orang lain terhadap diri anda. Biasanya dengan melihat dari segi bahasa badan atau ekspresi wajah seseorang, kita sudah boleh mengagak sama ada individu berkenaan selesa atau tidak berada di samping anda. Tetapi, ujian psikologi ini dedahkan bahawa dengan cara pegang cawan sahaja sudah cukup memadai.

#1 Pegang cawan dengan menyelitkan jari di bahagian telinga cawan

Jika anda melihat individu di hadapan anda memegang cawan dengan cara ini, ia bermaksud individu tersebut merasakan anda seorang yang bersifat terbuka dan boleh menerima pelbagai pendapat. Sikap ini membuatkan anda tidak mempunyai sebarang kesulitan dalam hubungan sesama manusia. Meskipun berhadapan dengan kesulitan, anda boleh menanganinya dengan mudah.

#2 Pegang bahagian telinga cawan, jari hantu diletakkan di bawah sebagai sokongan

Orang lain berpendapat anda seorang yang rasional dan berhati-hati serta mementingkan kesempurnaan. Namun kadangkala, anda perlu meluahkan pandangan anda kepada orang lain supaya anda mempunyai motivasi untuk meneruskan kehidupan.

#3 Ibu jari di bahagian telinga cawan

Anda adalah seorang yang optimistik dan tenang. Setiap kali mempunyai masalah, anda akan mengendalikan dengan sikap yang positif dan hal ini membuatkan orang sekeliling selesa dengan anda. Anda juga cenderung memerhatikan situasi secara menyeluruh sekali gus membuatkan anda memiliki ciri-ciri seorang pemimpin yang baik.

#4 Memegang sisi tanpa menyentuh bahagian telinga cawan

Anda mempunyai daya kreativiti yang tinggi selain berpegang teguh kepada pendirian dan kepercayaan. Berbicara tentang masa hadapan, anda seorang yang penuh dengan idea inovatif dan hal ini dapat membantu dalam perjalanan karier anda.

#5 Memegang telinga cawan dengan semua jari

Anda seorang yang memiliki keazaman tinggi dalam mencapai setiap matlamat hidup. Namun, orang sekeliling berpendapat anda mudah mengalah sekiranya berdepan kesulitan. Bagi mengelakkan perkara ini, anda perlu berehat seketika dan memikirkan isu yang terbabit.

#6 Memegang cawan dengan menegakkan jari kelingking

Pandangan orang lain terhadap anda adalah anda seorang yang tenang dan stabil serta tidak mampu menyesuaikan diri sekiranya berlaku sesuatu perubahan dalam hidup. Misalnya, jika anda merasakan tertekan dengan sesuatu perkara, anda perlukan masa dan ruang untuk bertenang sebelum melakukan tindakan selanjutnya.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular