KOTA BELUD – Tiga lagi pelajar Tingkatan Empat bertindak menyaman seorang guru Bahasa Inggeris yang didakwa tidak menghadirkan diri ke kelas selama lapan bulan tanpa memberikan sebarang alasan yang munasabah.

Kejadian yang dilaporkan berlaku pada tahun 2017 ini menyebabkan para pelajar yang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Taun Gusi, Kota Belud, Sabah itu tidak berpeluang untuk mempelajari subjek berkenaan dari bulan Mac sehingga November 2017.

Natasha, Rusiah dan Calvina memfailkan saman ke atas bekas guru mereka kerana gagal hadir ke kelas selama lapan bulan / YouTube

Tiga pelajar berkenaan yang kini berusia 19 tahun dikenali sebagai Rusiah Sabdarin, Nur Natasha Allisya Hamali dan juga Calvina Angayung telah memfailkan saman ke atas guru tersebut di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu sekitar November yang lalu.

Tindakan saman berkenaan dikenakan ke atas guru yang bernama Mohd Jainal Jamran, Suid Hanafi (pengetua sekolah), Ketua Pengarah Pendidikan, Menteri Pendidikan dan juga kerajaan Malaysia. Dalam pertuduhan tersebut, ketiga-tiga plantif mendakwa Mohd Jainal yang ditugaskan mengajar subjek Bahasa Inggeris di kelas 4 Sains Sukan (4SS) sebanyak tiga kali seminggu hanya hadir ke kelas pada bulan Januari dan Februari.

Sementara itu sepanjang tempoh bulan Mac 2017, Mohd Jainal didakwa sering datang lewat ke kelas dan akan meninggalkan kelas lebih awal serta mengabaikan tanggungjawabnya sebagai guru dengan tidak menghadirkan diri. Plantif juga mendakwa terpaksa pergi ke pejabat guru untuk mengingatkan Mohd Jainal supaya menghadiri kelas.

Pihak sekolah SMK Taun Gusi, Kota Belud didakwa tidak mengendahkan aduan yang dibuat oleh para pelajar / Milo Suam

Jelas Rusiah, meskipun pihaknya telah melaporkan aduan kepada guru dan pihak pentadbiran, tiada sebarang tindakan diambil ke atas Mohd Jainal. Malah, pihak sekolah turut tidak menyediakan guru ganti bagi menggantikan tugas Mohd Jainal. Perkara ini menyebabkan hampir semua pelajar tidak mencapai keputusan yang cemerlang dalam subjek Bahasa Inggeris pada tahun tersebut.

“Kenapa pengetua melindungi guru yang melakukan kesalahan? Kenapa pengetua tidak fikir bahawa kami tertekan dan bimbang akan gagal dalam peperiksaan. Kami mahukan keadilan dan berharap kesemua mereka yang dinafikan hak terhadap pendidikan bangkit bersama,” kata Nur Natasha.

Pada masa yang sama, plantif turut menuntut pengisytiharan bahawa kelima-lima defendan telah melanggar hak asasi mereka untuk mendapatkan akses pendidikan yang termaktub di bawah Perkara 5 yang dibaca dengan Perkara 12 dalam Perlembagaan Persekutuan. Selain itu, mereka turut menuntut ganti rugi teladan, ganti rugi am dan ganti rugi keterlaluan, kos serta kerugian yang dirasakan sesuai oleh pihak mahkamah.

Nafirah bersama firma guaman Tetuan Roxana & Co / Malaysia Kini

Terdahulu, pelajar tingkatan empat dari sekolah yang sama telah menyaman Mohd Jainal yang didakwa tidak masuk ke kelas selama tujuh bulan pada tahun 2015. Nafirah Siman yang pada ketika itu berusia 16 tahun mendakwa guru besar sekolah terlibat dalam memalsukan kedatangan Mohd Jainal dengan rekod tidak hadir selama dua bulan sahaja bagi menutup kes.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular