Selain memandu secara berhemah, kita juga digalakkan menjaga aspek keselamatan lain seperti mengunci pintu sebaik sahaja memasuki kereta.

Ini kerana sudah banyak kes yang dilaporkan melibatkan individu lain yang bertindak cuba memasuki kereta orang lain, apatah lagi jika kereta itu dipandu kaum wanita.

Itulah pengalaman yang dikongsikan oleh seorang pengguna di Twitter, @rafikaroslan apabila terdapat lelaki dalam keadaan bertelanjang cuba memasuki keretanya.

Twitter | Iza

“Mujurlah saya sentiasa mengunci pintu setiap kali saya memasuki kereta saya. Ia baru sahaja berlaku, jam 5 petang di kawasan Prima Avenue”.

Insiden tersebut difahamkan berlaku di Cyberjaya dan pada ketika itu, Rafika meletakkan keretanya seketikanya di tepi jalan.

Apabila ia berlaku, Rafika mengatakan bahawa dia bersedia untuk menekan hon kereta atau butang kecemasan pada telefon bimbitnya jika lelaki itu berjaya memasuki keretanya.

Namun dia sedikit yakin kerana pintu keretanya sudah pun dikunci.

Foto hiasan/Freepik

Oleh kerana tindakan pantas dan juga kebiasaannya yang sering mengunci pintu sesudah memasuki kereta, ia ternyata mampu menyelamatkannya.

Rafika kemudian memberitahu perkara itu kepada rakan-rakannya. “Saya benar-benar pastikan bahawa saya berada dalam keadaan tenang sebelum memandu pulang”.

“Saya sedikit lega apabila tabiat mengunci pintu sebaik sahaja masuk kereta berjaya mengelakkan perkara buruk terjadi pada saya”, akhirinya.

Oleh itu, jadikan tabiat Rafika ini sebagai satu amalan kita juga ya, tidak kiralah sama ada anda lelaki mahupun perempuan.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular