Bayangkan ketika kecil dahulu, ada antara anda yang pasti pernah berangan-angan mahukan bilik dihias dengan tema diraja, teringin ibu bapa melayan anda bagai puteri atau putera raja setiap hari.

Mahukan bilik sendiri dengan hiasan seperti istana, sambil tempat tidur mewah dipenuhi anak patung berwarna-warni yang indah, serta ruang permainan yang luas bak taman istana seperti dalam filem Frozen, Cinderella atau watak Disney yang lain.

FashionWaltz

Seperti bilik mewah dua orang kanak-kanak kaya yang amat bertuah ini, yang menjadi bilik impian kanak-kanak di seluruh dunia. 

Daily Mail melaporkan bilik impian tahap puteri raja yang dipaparkan di bawah ini memakan kos rekaan, ubah suai dan dekorasi yang menelan belanja sebanyak USD70,000 (RM284,130) untuk dibina. 

FashionWaltz

Kos tersebut termasuk membina panggung bertatahkan permata buatan, rumah mini di atas loteng, dan permaidani mewah bernilai USD20,000 (RM81,180) serta katil istana bernilai USD6,000 (RM24,354) yang direka dan dibina khas untuk kanak-kanak perempuan bernama Stella yang berusia 4 tahun dan Presley berusia 2 tahun.

Pereka terkenal yang khusus dalam pembinaan bilik kanak-kanak dan ruang permainan mewah kanak-kanak, Dahlia Mahmood berkata sejak pelancaran bilik-bilik impian seperti kisah pari-pari dan puteri raja seperti ini, semakin ramai pelanggan telah memintanya untuk membina bilik anak mereka dengan tema yang serupa.

FashionWaltz

Rekaan bilik-bilik yang dihasilkannya menjadi semakin cantik dan mengasyikkan, maka ramai pelanggan yang ingin mengikuti gaya puteri Disney. 

Dahlia berkata hasil rekaan impiannya ke atas bilik itu adalah dengan meletakkan ‘ledakan warna merah jambu’, dan kos pembinaan serta dekorasinya yang tinggi seakan tiada apa-apa buat pelanggannya dan mereka terus bersetuju dengan harga yang dicadangnya.

FashionWaltz

Pintu ini berkata: Puteri beradu di sini.

FashionWaltz

Dahlia mendedahkan beliau pernah membina dan menghias bilik anak perempuan pelanggannya dari Virginia dengan kos USD200,000 (RM811,800), yang bahkan bilik mandinya dipenuhi dengan kristal Swarovski. 

FashionWaltz

Dua tahun kemudian, Dahlia dijemput kembali untuk membina semula bilik itu mengikut cita rasa baru kanak-kanak perempuan ini.

Selain warna merah jambu, terdapat pelbagai dekorasi bilik lain dengan tema yang berbeza.

FashionWaltz

Seperti tema dalam laut dalam kisah The Little Mermaid.

FashionWaltz

Tema pengembaraan dan gaya pesawat mendarat dalam bilik untuk anak lelaki.

FashionWaltz

Dengan peta dunia di dinding, rindu untuk mengelilingi dunia dan berada dalam pesawat.

FashionWaltz

Gaya rekaan dan dekorasi pereka Dahlia Mahmood yang sungguh kreatif penuh kemewahan.

FashionWaltz

Membangkitkan daya imaginasi dan fantasi dalam jiwa kanak-kanak yang bertuah ini.

FashionWaltz

“Kami akan memastikan setiap rekaan dipilih dengan ketelitian dan berkualiti tinggi. Kami tidak akan selesai selagi para pelanggan tidak berpuas hati dan kami turut berpuas hati,” kata Dahlia Mahmood.

FashionWaltz

Nampaknya kanak-kanak yang berasal daripada keluarga kaya mungkin kelihatan bahagia sejak kecil memandangkan ibu bapa mereka mampu memberikan segala kemewahan dan memenuhi keinginan serta impian mereka.

FashionWaltz

Diharap anak-anak anda juga mampu mempunyai ruang dan bilik yang indah untuk mereka sendiri pada suatu hari nanti.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular