Sejauh manakah anda rasa anggapan dan gelaran Perodua Myvi sebagai ‘raja di jalanan’ seperti yang digembar-gemburkan?
Walaupun bersaiz kompak, laju juga Myvi sebenarnya. Tidak percaya? Cuba anda tonton video di bawah ini :
Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook, JinSeng Tan telah berkongsi video di atas yang jelas menunjukkan betapa pantasnya sebuah Myvi bergerak di lebuhraya.
Pengguna tersebut difahamkan menaiki kereta jenis Mercedes C200 dan berada pada kelajuan lebih 160 km/j.
“Supercar kebangsaan, tiada yang lain”, tulis pengguna terbabit yang merupakan penumpang dalam kereta Mercedes di belakang Myvi itu.
Tidak kira betapa mereka cuba untuk meningkatkan kelajuan namun masih tidak mampu untuk mengikut rapat Myvi di hadapan.
Sudah capai 172 km/j pun, mereka masih berada jauh di belakang. Jarak mereka boleh tahan jauh juga. Hebat juga Myvi bukan?
Selepas itu, JinSeng kedengaran ada bertanya, “Berapa jauh Myvi boleh bergerak pantas sebegitu?”. Entahlah, adakah anda tahu? Bolehlah kongsikan di ruangan komen..
Apa pun, Mercedes itu akhirnya tidak berjaya mengejar Myvi berkenaan dan ketinggalan di belakang.
Maybe you're interested :
- Kajian : Penampilan sebenar 30% lebih buruk berbanding imej di hadapan cermin
- Penculikan serta pembunuhan terhadap pengamal Falun Gong terus berlaku di seluruh China ketika pandemik
- Saksikan reaksi spontan dan jujur oleh kucing dan anjing ini ketika pertama kali bertemu haiwan-haiwan liar di zoo. Comel betul!