Setiap manusia di dunia ini tidak boleh lari daripada ujian dan cabaran yang perlu ditempuhi untuk terus maju ke hadapan. Dan dengan segala ujian dan cabaran inilah, kita akan menjadi manusia yang lebih kuat, berpengalaman dan berupaya untuk menempuhi rintangan yang seterusnya.

Seorang kanak-kanak lelaki yang dipercayai menetap di Filipina bagaimanapun dilihat perlu menempuhi ujian dan cabaran sejak dari usia yang kecil lagi.  

Ero Lawen/Facebook

Menerusi gambar yang dimuatnaik oleh Ero Lawen di laman Facebook, dapat dilihat dengan jelas bagaimana seorang kanak-kanak dirakam mengikat dirinya dengan tali kepada bapanya yang buta penglihatan yang dalam masa yang sama turut dipegang erat oleh isterinya yang turut mengalami kekurangan fizikal yang sama.

Lebih menyayat hati, kita dengan jelas dapat melihat betapa gembiranya wajah kanak-kanak itu walaupun tidak cukup bebas untuk berlari kemana-mana kerana perlu menjadi “mata” kepada kedua ibu-bapanya. 

kehidupan kanak-kanak ini jelas berbeza dengan rakan-rakan sebayanya yang lain…

Ero Lawen/Facebook

Ero Lawen/Facebook

“Sungguh besar pengorbanan anak kecil ini, (dia) diikat dengan tali (bagi) menjadi mata untuk ibu bapanya yang cacat penglihatan,” tulis Ero pada 19 Disember lalu.

“Dia tetap tersenyum walaupun dengan kedua (belah) tangannya terikat dengan kedua orang tuanya.

“Semoga kelak kamu menjadi orang yang berguna buat semua orang nak… tuhan jagalah dia,” tambah Ero mengakhiri kirimannya.

Ero Lawen/Facebook

Walaupun gambar ini dilaporkan telah dirakam sekitar bulan Februari 2020, namun, impaknya masih dapat dirasai sehingga ke hari ini bagi sesiapa sahaja yang menyaksikannya.

Diharapkan, semoga kanak-kanak ini akan terus kekal kuat semangat, sabar dan cekal mengharungi segala dugaan sepanjang kehidupan ini.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular