Pengasas AirAsia Group, Tan Sri Tony Fernandes berkata keutamaannya tahun hadapan adalah untuk menggajikan semula semua bekas kakitangan AirAsia yang diberhentikan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.

Syarikat penerbangan tambang murah tersebut dilaporkan telah memberhentikan seramai 2,400 pekerja daripada keseluruhan 24,000 pekerja sejak Malaysia menutup sempadannya pada Mac lalu.

Matlamat beliau pada tahun 2021 dan tempoh pemulihan pasca-pandemik adalah untuk berhenti membuang pekerjanya dan menggajikan mereka semula.

“Mereka tidak melakukan kesalahan. Mereka adalah staf yang baik untuk AirAsia cuma waktu agak ‘gila’. Itu adalah keutamaan nombor pertama dan prinsip saya”.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by airasia (@airasia)

Tony juga berkongsi usaha AirAsia untuk melatih dan menambah semula 500 kakitangannya yang membolehkan mereka mendapatkan jawatan baru dalam syarikat.

“Kira-kira 500 kakitangan kami telah diberi penempatan semula untuk jawatan lain dan ramai di antara mereka yang menjalani latihan semula”, katanya.

“Kami membuka akademi RedBeat. Presiden Digital AirAsia iaitu Aireen Omar yang membangunkannya atas usaha bersama Google”.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by airasia (@airasia)

Tambah beliau, sebilangan besar kakitangannya dilatih untuk menjadi saintis data, jurutera data dan pelbagai lagi.

Selain beroperasi sebagai syarikat penerbangan, Kumpulan AirAsia juga menjalankan perniagaan e-dagang, logistik, makanan dan minuman (F&B), penghantaran makanan dan ‘fintech’.

Aplikasi mudah alih dan laman web AirAsia dilaporkan mempunyai 17 juta pengguna aktif setiap bulan.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by airasia (@airasia)

Aspirasi kumpulan itu adalah untuk menjadi platform aplikasi yang memberikan kemudahan kepada pelanggan mencari apa sahaja, termasuklah makanan dan hasil segar dalam satu platform.

Jelas Tony, pandemik COVID-19 telah membolehkan syarikatnya melakukan transformasi digital dengan pantas menerusi pengembangan perniagaan bukan penerbangan.

Buat masa ini, syarikat itu memiliki AirAsia Shop, AirAsia Food, AirAsia Fresh di bawah usaha e-dagangnya, Teleport untuk logistik, Santan sebagai perniagaan F&B dan BigPag sebagai produk e-Walletnya.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by airasia (@airasia)

Dalam tempoh tiga ke lima tahun akan datang, kumpulan itu turut menjangkakan pendapatan bukan daripada penerbangan, menyumbang hingga 50% jumlah pendapatan syarikat.

Kemudian ia juga diramalkan secara beransur-ansur mengatasi pendapatan syarikat penerbangan dalam jangka panjang.

Menurut laporan suku ketiga 2020, anak syarikat bukan penerbangan kumpulan itu berkembang hingga 182% dan hampir semua bahagian perniagaan bukan penerbangan kini menguntungkan.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular