Sifat kasih kepada haiwan adalah salah-satu sifat terpuji yang seharusnya ada dalam diri setiap manusia. Walaupun kita tidak suka atau tidak selesa berada berhampiran dengan haiwan, sebaiknya apa yang perlu dilakukan adalah dengan menjauhkan diri tanpa menganiaya haiwan-haiwan tersebut.

Baru-baru ini, rakaman dari kamera litar tertutup di sebuah pusat pengasingan sampah menunjukkan bagaimana seorang pekerja secara tidak sengaja telah menemui seekor kucing yang dibungkus di dalam karung.

Semuanya bermula apabila salah seorang pekerja di pusat itu yang sedang mengasingkan sampah sedang memeriksa sampah-sampah yang tiba di bahagiannya.

RT Documentary/Facebook

Tetapi, satu bungkusan karung telah menarik perhatiannya dan dengan pantas pekerja itu memeriksa ‘barang’ di dalamnya. Sebaik sahaja melihat isi di dalam karung itu, pekerja itu tidak dapat menyembunyikan rasa sedihnya.

RT Documentary/Facebook

RT Documentary/Facebook

Sambil menunjukkan kucing berwarna hitam itu kepada rakan-rakan sekerjanya, pekerja itu dilihat tidak dapat berkata apa-apa. Hanya raut wajah sedih yang dapat dipaparkan kepada semua rakan sekerjanya…

RT Documentary/Facebook

Jelas sekali, tindakan si pelaku yang mencuba untuk menghapuskan kucing itu bukanlah satu tindakan yang baik dan berperikemanusiaan. Walaupun haiwan adalah hidupan yang tidak berakal, namun kita sebagai manusia perlu sentiasa mengasihani mereka dan memberi layanan yang baik kepada mereka.

RT Documentary/Facebook

Syukurlah kucing itu ditakdirkan ditemui sebelum timbunan sampah itu dilupuskan. Diharapkan, dengan perkongsian video ini, kita semua dapat mengambil pengajaran untuk tidak melakukan perkara yang sama kepada mana-mana haiwan pun.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular