KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju untuk membenarkan pelajar antarabangsa untuk kembali semula ke kampus di Malaysia kecuali pelajar dari United Kingdom (UK).

Keputusan itu difahamkan mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2021 dan merangkumi pelajar yang menyambung pengajian mahupun pelajar baru mendapat tawaran.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pelajar tersebut juga telah mempunyai kediaman.

“Kita tidak mahu mereka datang, baru nak mencari rumah kediaman. Semua telah selesai, baru kita benarkan mereka datang”, kata beliau semasa sesi sidang media.

Selain itu, kerajaan juga bersetuju untuk membenarkan pelajar bukan warganegara di sekolah antarabangsa dan swasta untuk kembali bersama pengiring pada tarikh sama.

Namun ia hanya tertakluk kepada pelajar sedia ada yang telah diluluskan permohonan dan telah mendapat visa daripada Jabatan Imigresen Malaysia.

“Jika perlu tindakan selanjutnya, kita akan umumkan. Sama ada saya atau Dr Noor Hisham, setelah pemantauan dibuat terhadap kes virus yang begitu cepat merebak”.

“Kita sedang meneliti perkara ini, (jadi) biarlah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang buat penilaian risiko”.

Para pelajar juga perlu menjalani ujian saringan COVID-19 tiga hari sebelum memasuki Malaysia dan satu lagi ujian swab ketika tiba di lapangan terbang di Malaysia.

“Mereka yang duji negatif semasa ujian ini masih perlu jalani kuarantin wajib 10 hari di lokasi yang ditetapkan. Semua kos akan ditanggung oleh pelajar”, katanya.

Malaysia ketika ini masih lagi menutup pintu sempadan negara secara keseluruhannya kecuali atas sebab-sebab tertentu.

Beberapa negara Eropah dilaporkan telah menyekat kemasukan dari Britain selepas mendapati wujudnya strain baru di London, UK yang merebak di luar kawalan.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular