KUALA LUMPUR – Seramai 150,000 murid dari 500 sekolah bakal menerima peranti yang bersesuaian bagi memudahkan murid untuk mengikuti pembelajaran secara dalam talian pada masa akan datang.

Murid sekolah sedang mengikuti kelas pembelajaran / MYPT3

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan iaitu Muslimin Yahaya, pihak kementerian kini sedang meneliti kriteria murid dan sekolah yang bakal menerima peranti berkenaan melalui program rintis yang dijalankan oleh Yayasan Hasanah.

“Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengadakan perbincangan lanjut dengan Yayasan Hasanah yang merupakan sebuah yayasan di bawah Khazanah Nasional Bhd setelah senarai itu dimuktamadkan”.

Jelas beliau lagi, “Selain membantu murid dan sekolah yang memerlukan, tujuan program rintis ini adalah untuk mendapatkan kaedah pelaksanaan yang terbaik sebelum dicadangkan untuk perluasan”.

Sebuah keluarga sedang menonton siaran program TV Pendidikan di Tutor TV / Harakah Daily

Di samping itu, pihak KPM turut memperkasakan kembali TV Pendidikan bagi memastikan murid-murid yang tidak mempunyai peranti dan akses internet agar tidak ketinggalan dalam pembelajaran masing-masing. Antara inisiatif yang diambil adalah dengan menambah siaran TV Pendidikan menerusi saluran NTV7 selama tiga jam menjadikan keseluruhan siaran TV Pendidikan adalah selama sembilan jam sehari.

Dua murid berkeperluan khas (MBK) sedang berkomunikasi dengan guru menggunakan bahasa isyarat / Pendidikan 4 All

Sebelum ini iaitu pada 6 April 2020, KPM telah memperkenalkan TV Pendidikan menerusi saluran Okey RTM selama dua jam dan Tutor TV Astro selama empat jam. Malah, sebanyak 30 bahan video pembelajaran untuk murid berkeperluan khas (MBK) kategori kurang upaya pendengaran peringkat sekolah rendah dan menengah telah berjaya dihasilkan. Selain itu, sebanyak 1,300 rakaman rancangan TV Pendidikan dengan bantuan jurubahasa kod tangan turut disediakan.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular