Telatah kucing yang dipelihara sememangnya boleh menghiburkan, tetapi ada kalanya, agak menyakitkan hati pemilik juga. Begitulah yang terjadi kepada seorang pengguna laman Twitter, Afif Adlan (@mamblono5) apabila kucing kesayangannya didapati ‘memakan’ sijil ijazah sarjana muda hasil titik peluhnya.

Menerusi ciapan yang dimuatnaik pada petang 21 Disember lalu, Afif menulis bahawa kucingnya telah memakan sijilnya yang diletakkan di atas meja belajar di rumahnya. Dan, tanpa niat menyembunyikan rasa marah, Afif telah memuatnaik kiriman tersebut bersekali dengan sekeping gambar ‘penjenayah’ yang melakukan perkara itu.

“Nama dia (kucing ini) Mika, dan kucing ini bukan Oyen (oren)” tulis Afif dalam satu lagi kirimannya.

@mamblono5/Twitter

Tujuan Afif menulis ayat sebegitu pastinya adalah kerana seluruh warganet pastinya sudah memahami dengan gelagat kucing berwarna oren yang lazimnya agak nakal dan suka menimbulkan kekacauan. Tetapi, dalam kes ini, kucing milik Afif bukanlah kucing berwarna oren, sebaliknya adalah seekor kucing yang berwarna hitam berbelang.

Berikutan kiriman ini, ramai warganet yang berasa terhibur dengan telatah kucing Afif yang dengan gembiranya memakan sijil hasil titik peluh Afif menimba ilmu di Universiti Nottingham. Malah, ada juga antaranya yang merasa dengki dengan ‘kejayaan’ kucing Afif yang sudah berjaya ‘mendapat’ ijazah sarjana muda.

@mamblono5/Twitter

Sehingga entri ini dihasilkan, kiriman ini telahpun meraih sehingga lebih dari 482,600 sukaan, lebih dari 80,300 ulang kicau dan lebih dari 2,000 komen dari warganet di seluruh dunia.

Nakal sungguh Mika si kucing yang comel ini. Apa-apapun, semoga urusan Afif untuk mendapatkan semula sijil ijazah sarjana mudanya itu berjaya dan tidak menjadi mangsa seterusnya untuk Mika ya!

Maybe you're interested :

Share

Video Popular