Sebaik sahaja mendengar ‘chicken chop’, seorang pemuda 18 tahun, Qui Nan dari daerah Hsinchu, Taiwan yang koma 62 hari dilaporkan tersedar.

Qiu pada bulan Julai lalu dilaporkan terlibat dalam kemalangan motosikal lantas menyebabkannya koma hinggalah dia terdengar chicken chop daripada abangnya di katil hospital.

Kemalangan lalu mengakibatkan kecederaan serius pada limpa, buah pinggang kanan, hati dan beberapa organ yang lain.

Selain itu, ia turut menyebabkan masalah hidrop subdural, ‘pneumothorax’, pendarahan intraabdominal dan pendarahan arteri pada pundi kencing.

Foto hiasan/Pixabay

Qiu kemudiannya dibedah dan ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) untuk penjagaan dan pemantauan khusus secara berterusan.

Walaupun nyawanya berjaya diselamatkan, namun Qiu berada dalam keadaan koma.

Namun sebaik sahaja mendengar menu lazat itu disebut, kadar degupan jantung Qiu bergerak pantas secara tiba-tiba hinggakan dia kemudiannya sedar.

Pada ketika itu, ahli keluarganya datang melawat. Abang Qiu pada ketika itu secara tidak sengaja berkata, “Adik, abang nak pergi makan chicken chop kegemaran kamu”.

NTDTV

Dan kesannya amat luar biasa! Gurauan itu ternyata membuatkan Qiu tersedar daripada koma. Qiu seperti mendapat rangsangan.

Setelah rawatan selama beberapa bulan, Qiu akhirnya dibenarkan discaj daripada hospital. Qiu masih sempat pulang ke hospital dan membawa kek untuk staf hospital yang memberikan rawatan dan menjaganya.

Sungguh tidak disangka, hidangan chicken chop tersebut menjadi penyebab Qiu tersedar daripada koma. Hebat betul penangan chicken chop bukan?

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL INSPIRASI

Video Popular