ANTARTIKA- Salah satu tempat terpencil di dunia, benua Antartika yang sememangnya sangat sejuk melaporkan kes pertama COVID-19 pada Selasa, 22 Disember lalu.

Seperti yang dilaporkan oleh The Guardian, benua tersebut hampir tidak didiami oleh sesiapa kecuali beberapa orang penyelidik yang datang dari pelbagai tempat di dunia dan hal tersebut menjadikan benua tersebut adalah tempat terakhir yang terkena jangkitan COVID-19.

Pada hari Selasa, 36 kes jangkitan baru disahkan berlaku di sana dan kesemuanya mereka yang terlibat adalah warganegara Chile yang ditempatkan di pangkalan penyelidikan Chile di sana. Sebanyak 10 orang daripadanya adalah pekerja penyelenggaraan sementara selebihnya adalah anggota tentera Chile.

Kesemua 36 orang individu yang terjejas dibawa keluar ke bandar Punta Arenas di Chile dan dilaporkan berada dalam keadaan baik dan sedang menjalani kuarantin. Kedudukan mereka walau bagaimanapun digantikan oleh krew baru.

Sebelum ini, Antartika merupakan satu-satunya tempat di dunia yang tidak dijangkiti COVID-19.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular