Apa yang akan lakukan jika berhadapan dengan bayi tikus yang sedang ditimpa kesusahan? Adakah anda hanya biarkan saja?
Ini kerana ramai yang menganggap bahawa tikus adalah haiwan vektor dan perosak, bukan? Namun itu bukanlah apa yang dirasakan oleh pasangan ini.
Ini kerana, sewaktu sedang bergambar pra-perkahwinan, Kelvin dan Ru difahamkan telah menyelamatkan seekor bayi tikus.

Bayi tikus tersebut dilihat sedang berada dalam keadaan terkapai-kapai dalam kolam di sebuah resort yang menjadi lokasi mereka bergambar.
Mereka kemudian bertindak mengambil anak tikus itu lalu cuba menyelamatkan nyawanya. “Kami tidak percaya betapa kecilnya anak tikus berkenaan”, kata pasangan itu.
Anak tikus malang itu kemudian diletakkan di tepi bagi memberi ruang sekiranya ibu tikus akan kembali mendapatkan anaknya.

Tetapi sesudah beberapa jam kemudian, anak tikus itu masih lagi berada di situ. Itulah saat pasangan itu sedar bahawa mereka harus membawanya pulang.
“Saya bersifat sedikit melindungi. Saya sentiasa memastikan anak tikus yang diberi nama Nezumi itu sentiasa selesa di kawasan yang malap”, kata Ru.
Kasihan Nezumi. Menurut Ru, anak tikus belaannya berkenaan mengambil sedikit masa untuk membiasakan diri dengan persekitaran di sana.

Mereka membelikan susu untuk memberikannya pada Nezumi hinggalah ia membesar dengan sihat dan lincah.
Pasangan tersebut mendapati bahawa anak tikus belaan mereka itu mempunyai karakter yang agak unik. “Jika ia sukakan sesuatu, ia akan mengambil kesemuanya”.
Anda boleh saksikan semua benda yang diambil oleh tikus tersebut menerusi video di bawah :
Habis semua barang diambil Nezumi lalu dibawa ke dalam ‘sarangnya’..
“Tidak pernah kami terfikir akan membela tikus sebagai haiwan peliharaan kami. Saya sentiasa bercita-cita untuk menyelamatkan haiwan”.
Tambah pasangan itu, Nezumi juga amat pintar dan dapat merasai jika mereka bersedih. “Ia akan kerap datang pada kami ketika itu”.

Ternyata Nezumi sangat selesa hidup bersama ibu dan bapa angkatnya yang penyayang. Nezumi bebas berkeliaran dan memanjat ke mana sahaja.
“Kami sangat bersyukur dengan kehadirannya dalam hidup kami”, akhiri pasangan itu yang hanya mahu tikus kesayangan mereka sentiasa dalam keadaan yang sihat dan gembira.
Maybe you're interested :
- Pemilik gerai burger di Kota Damansara ini tawar burger percuma kepada sesiapa yang kurang berkemampuan ketika PKP dilaksanakan
- Tidak mampu beli jam tangan, seorang kanak-kanak lelaki ‘buat’ jam sendiri guna kertas sebelum dibelanja oleh netizen baik hati
- Hubungan dengan Rejim Komunis China semakin rapat, penyebaran ‘virus PKC’ semakin teruk