Seorang lelaki berusia 62 tahun dari Parit Buntar, Perak bernama Loh dilaporkan bermain badminton bersama rakannya pada 21 Disember lalu.

Loh kemudian dikhabarkan rebah tidak sedarkan diri secara tiba-tiba ketika sedang duduk berehat usai sahaja bermain.

Keadaannya itu membimbangkan rakannya yang kemudian menghubungi ambulans untuk memeriksa keadaannya. 

Sin Chew Daily

Mangsa kemudian dibawa ke hospital namun malangnya ia agak terlewat dan Loh telah disahkan meninggal dunia.

Menurut laporan, rakannya memberitahu pihak berkuasa bahawa Loh datang ke gelanggang badminton sekitar jam 6 petang dan bermain badminton secara beregu bersama rakannya.

Selesai sahaja perlawanan itu, Loh duduk di kerusi sendirian untuk berehat. Pada ketika itu, rakan Loh mendengar bunyi sedu yang kuat sebelum mangsa dilihat rebah tidak sedarkan diri.

Laporan mendedahkan bahawa Loh merupakan peniaga pakaian yang lazimnya berniaga di pasar pagi dan malam. Bermain badminton adalah merupakan hobi Loh.

Foto hiasan/Pixabay

Punca kematian masih tidak dapat dikenalpasti namun ini bukanlah kali pertama kes sebegini berlaku di Malaysia.

Ini kerana, seorang pelajar sebuah kolej di Jitra, Kedah sebelum ini dilaporkan meninggal dunia ketika bermain badminton setelah mengalami sindrom koronari akut, yang menyebabkan kematian secara tiba-tiba.

Seeloknya, kita dinasihati untuk tidak terlalu memaksa tubuh ketika bersukan. Apa pun, semua perlu dilakukan secara sederhana.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular