Pemilik haiwan lazimnya pasti memiliki ratusan malah ribuan gambar kucing atau anjing kesayangan mereka di telefon bimbit, bukan?

Ya, sudah pastilah ianya diambil oleh tuan haiwan peliharaan tersebut. Namun tidak bagi wanita ini yang mendapati iPadnya dipenuhi swafoto kucingnya!

Seorang pelajar dari China yang kini menetap di Australia, ada berkongsi foto-foto ‘selfie’ yang diambil sendiri oleh kucingnya bernama Er Niu.

Bored Panda

Ia mula disedari oleh wanita itu apabila terdapat banyak bulu kucing berada pada permukaan iPad miliknya.

Sedangkan dia membela dua ekor kucing – seekor jenis ‘tabby’ berwarna gelap manakala seekor lagi berwarna putih iaitu Er Niu.

Bored Panda

Melihat kepada ‘peninggalan’ bukti warna bulu terbabit, nampaknya kita sudah boleh teka siapa si pelakunya bukan?

Bored Panda

Bulu kucing yang gugur semestinya satu keadaan yang normal. Apa yang luar biasanya adalah apabila wanita itu melihat sejumlah swafoto yang tidak masuk akal.

Beberapa foto di atas jelas menunjukkan Er Niu memandang tepat ke arah kamera sementara ada juga foto yang memperlihatkan kucing bertuah itu seakan-akan ‘posing’.

Bored Panda
Bored Panda

Banyak juga gambar memaparkan dirinya sedang menjilat bulu dan ada juga bersifat lebih abstrak – memperlihatkan mata dan telinga.

Kucing zaman sekarang, sudah pandai mengambil swafoto sendiri. Adakah anda yang membela kucing juga pernah mengalami situasi sebegini?

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria

Video Popular