Bercerita mengenai haiwan bernama wombat mungkin ramai yang sudah tahu atau masih tidak tahu. Haiwan dalam kalangan keluarga marsupial yang kecil dengan rupa aneh seperti kacukan beruang, khinzir dan tikus.

Sudahlah berbadan rendah dan berkaki pendek, manakala kepalanya pula padat dengan kukunya yang mencengkam kuat. Biasanya wombat berukuran sehingga 76 sentimeter dengan berat antara 19 hingga 32 kilogram mengikut spesiesnya.

ABC Tropical North/Facebook

Haiwan wombat tidak boleh ditemui di mana-mana dalam dunia kecuali hanya di Australia sama seperti kanggaru, koala, anjing dingo dan Tasmanian devils, bersama beberapa spesies haiwan aneh lain yang mana tergolong dalam kalangan haiwan eksklusif dari Australia.

Wombat berhabitat di kawasan pergunungan, hutan dan tanah rata di Australia dan Tasmania, yang membina lubang dan terowong bawah tanah sebagai tempat berehat atau bilik tidurnya, seperti dalam rakaman video ini.

ABC Tropical North/Facebook

Taswildlife.com telah berjaya merakamkan aktiviti dua beranak wombat ini di hadapan habitat mereka di Tasmania.

Kelihatan anak wombat yang comel bermain sendiri pada mulanya.

ABC Tropical North/Facebook

Kemudian ibunya keluar dan mereka bermain bersama.

ABC Tropical North/Facebook

Ibu wombat mencium-cium anaknya yang nakal dengan naluri keibuan dan kasih sayang.

ABC Tropical North/Facebook

Sambil si kecil wombat yang amat comel menerkam ibunya, yang hanya membiarkan anaknya bermain dan bermanja.

ABC Tropical North/Facebook

Si kecil dan ibunya juga sangat aktif pada waktu malam. Rakaman video ini menunjukkan anak wombat bermain sendiri pada waktu malam, sebelum dia dipanggil ibunya untuk masuk ke dalam lubang tempat berteduh yang dibina oleh mereka.

ABC Tropical North/Facebook

Haiwan pemangsa seperti Tasmanian devils dan anjing dingo amat suka mengganggu anak wombat dengan memasuki lubang-lubang yang dibina oleh wombat dewasa.

ABC Tropical North/Facebook

Namun, punggung wombat yang bertulang rawan amat kuat kerana ia tahan calar dan gigitan. Ibu wombat biasanya akan menahan serangan dengan punggung sendiri sambil menutup lubang yang mahu dimasuki oleh haiwan pemangsa, melindungi si kecil daripada gangguan atau diapa-apakan oleh musuhnya. 

Tonton video di bawah:

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular