Presiden Donald Trump pada 20 Disember berkata bahawa “Kita semakin dekat,” merujuk kepada tentangannya yang berterusan terhadap keputusan pilihan raya di beberapa negeri utama pertempuran.

“Kita semakin hampir dan dekat. Dan saya harap anda memberi tahu semua orang bahawa kita sebenarnya sangat hampir (dengan kejayaan)”, kata Trump di radio WABC.

“Berita palsu tidak akan memberitahu anda perkara itu. Mereka tidak mahu membincangkannya. Mereka cuba menekannya. Kita sama sekali tidak mempunyai kebebasan akhbar”.

“Ini adalah berita yang tersekat. Ini adalah perkara mengerikan yang berlaku di negara kita. Sudah berlangsung, ia bermula sejak lama dahulu. Ia adalah perkara yang dahsyat”.

“Ini bukanlah kebebasan akhbar dan kita harus mengembalikannya kerana akhbar sangat ditekan. Ia sangat tidak jujur. Saya bahkan tidak menyebutnya sebagai berita palsu lagi. Saya menyebutnya berita korup”, tambahnya.

Pasukan calon presiden Demokrat, Joe Biden tidak menanggapi permintaan untuk memberi komen mengenai ucapan Trump itu.

Calon presiden Demokratik Joe Biden berucap di Wilmington, Del., Pada 19 Disember 2020. (Alex Edelman/AFP | Getty Images)

Tetapi Trump, kempennya dan Republikan lain telah mencabar keputusan itu di beberapa negeri termasuk Pennsylvania dan Georgia, menunjukkan adanya penyelewengan dan kemungkinan penipuan.

The Epoch Times masih belum melaporkan kemenangan mana-mana pihak buat masa ini.

Tiada satu pun tentangan dalam kes ini mengubah keputusan namun terdapat satu kes yang sedang berlangsung di Michigan menghasilkan satu laporan mengenai audit forensik mesin dan perisian Sistem Pengundian Dominion, menyimpulkan bahawa keputusan undian di daerah itu adalah hasil rekaan sistem undian.

Trump kedengaran optimis semasa acara radio yang dihoskan oleh peguamnya, Rudy Giuliani, sempat mengucapkan selamat Hari Natal kepada hos dan mengatakan bahawa pasukannya dan orang ramai telah mengetahui tentang penipuan undian – satu penipuan terbesar dalam sejarah.

“Ini adalah pilihan raya paling korup yang pernah berlaku di negara ini”, katanya.

Giuliani pada hujung minggu mencabar pihak negeri untuk membiarkan dia dan yang lain memeriksa mesin pengundian. Sekiranya mereka melakukannya, mereka akan dapat membuktikan penipuan.

Presiden Donald Trump tiba untuk berucap di sebuah majlis di Washington pada 8 Disember 2020. (Tasos Katopodis/Getty Images)

“Nombor satu, mesin. Setiap mesin yang kita lihat, anda tahu apa hasilnya”, kata Trump.

“Mesin dan juga pengesahan tandatangan. Mari kita lihat tandatangan di daerah Fulton, Georgia dan beberapa tempat lain. Mari kita lihat tandatangannya, anda akan mendapati bahawa beratus-ratus ribu tandatangan itu tidak wujud atau ditulis secara palsu”.

Diminta untuk memberi respons, jurucakap daerah Fulton memberitahu The Epoch Times melalui e-mel, “Ia tidak benar”.

Georgia melancarkan usaha di seluruh negeri untuk menyesuaikan tandatangan pada hari Isnin, tetapi Trump mengatakan mereka tidak akan melakukannya dengan betul.

“Mereka tidak memulakannya di lokasi yang tepat. Mereka memulakannya di kawasan yang tidak terlalu bermasalah dan masih akan menemui banyak. Tetapi mereka harus membiarkan kami melakukan pengiraan tanda tangan di lokasi yang betul”.

“Dan anda akan lihat ratusan ribu tandatangan palsu atau tandatangan yang bahkan tidak wujud”, tambahnya.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular