Pihak polis baru-baru ini memberi amaran kepada mana-mana penunggang basikal yang didapati mendukung anak ketika berbasikal.

Tindakan itu menurut PDRM, boleh dikenakan tindakan undang-undang jika berlakunya kemalangan.

Amaran ini dikeluarkan susulan tularnya foto seorang wanita yang dilihat berbasikal sambil mendukung anak di belakang badannya.

Ah Fatt Channel/Facebook

Pengarah Jabaran Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias mengakui akitiviti berbasikal kini menjadi satu trend ketika ini.

Namun tidak semua individu mengambil berat dan patuh akan peraturan, undang-undang bahkan aspek keselamatan ketika berbasikal di jalan raya.

Tambah beliau, tindakan wanita itu merisikokan diri dan anaknya. “Cara berbasikal juga tidak mengikut peraturan jalan ditetapkan”.

Ianya merujuk kepada keadaan penunggang basikal yang tidak berada dalam satu barisan serta menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.

Kesalahan itu menurutnya boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 54(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sekira berlaku kemalangan dan kemudaratan pada anak ketika melakukan aktiviti itu, ibu bapa boleh didakwa pula mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 atas kecuaian.

Justeru, beliau menasihati orang ramai agar mematuhi peraturan jalan raya dan elak daripada melakukan aktiviti berbasikal yang boleh merisikokan keselamatan.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular