Ketidakstabilan ekonomi dikatakan boleh menjadi punca kepada peningkatan kes jenayah dalam kalangan masyarakat.

Namun nampaknya, perkara seperti ini bukan hanya terjadi dalam kalangan manusia tetapi juga haiwan yang terdesak!

Facebook

Baru-baru ini menerusi sebuah video yang tular di Facebook, kegiatan jenayah seekor burung camar telah terbongkar apabila burung ini dilihat mencuri sebungkus makanan dari sebuah kedai.

Video berdurasi 34 saat itu memaparkan seekor burung yang masuk ke dalam sebuah kedai makanan yang terbuka.

Facebook

Anda boleh lihat burung ini seolah-olah sudah membuat perancangan yang teliti menerusi gerak-gerinya. Masuk sahaja ke pintu hadapan kedai, burung ini terus pergi ke bahagian kiri dan mengambil sebungkus makanan.

Seperti mana yang akan dilakukan oleh pencuri lain, sebaik sahaja mendapatkan bungkusan tersebut, burung ini terus meluru keluar bagi mengelakkan jenayahnya dihidu oleh pemilik kedai.

Facebook

Tidak lama kemudian, burung ini terus terbang tinggi meninggalkan kawasan kejadian tanpa diketahui oleh pemilik kedai. Sememangnya satu langkah yang pantas dan ‘profesional’. Bukan calang-calang burung mampu melakukan aktiviti jenayah seperti itu tanpa kesilapan.

Adakah burung ini sudah banyak kali mencuri dari kedai yang sama? Jika ya, mungkin selepas ini pemilik kedai perlu menampal gambar burung tersebut di hadapan kedai sebagai amaran bahawa tindak-tanduknya telah diketahui!

Facebook

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian video tersebut telah menerima sehingga 13,200 tanda suka dan 1.1 juta kali tontonan!

Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular