Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan bahawa pengeluaran i-Sinar akan diperluaskan kepada semua ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melibatkan lebih 8 juta ahli.

Untuk mereka yang layak, permohanan i-Sinar Kategori 1 boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari pautan https://isinar.kwsp.gov.my/ bermula hari ini.

Bagi Kategori 2 pula, permohonan mula dibuka pada 11 Januari 2021. Berikut adalah langkahnya :

  1. Layari pautan di atas pada tarikh 21 Disember 2020
  2. Isikan nombor MyKad atau MyPR serta nombor telefon bimbit
  3. Tekan teruskan
  4. Isikan nombor ‘One Time Password’ (OTP) yang diterima menerusi SMS. Sahkan OTP tersebut atau jawab soalan keselamatan untuk pengesahan
  5. Tetapkan amaun pilihan
  6. Tetapkan bayaran bulan pertama dan tekan teruskan
  7. Lengkapkan maklumat pemohon pada medan yang wajib diisi
  8. Lengkapkan juga maklumat pembayaran dan tekan teruskan
  9. Semak semua maklumat pemohon dan maklumat pembayaran. Kemudian tandakan ( _/ ) sebelum tekan hantar
  10. Permohonan anda diterima dan akan diproses.

Untuk kagetori 1, tiada sebarang dokumen yang perlu disertakan bersama permohanan. Kelulusan secara automatik adalah berdasarkan kepada data dalaman KWSP.

Manakala untuk kategori 2, pemohon perlu menyertakan slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan, notis pemberhentian atau pemotongan elaun atau tuntuan kerja lebih masa serta dokumen sokongan lain yang berkaitan. Misalnya penyata bank.

Pembayaran pertama untuk Kategori 1 bermula pertengahan Januari 2021 sementara status permohonan untuk Kategori 2 akan dimaklumkan dalam tempoh dua atau tiga minggu selepas permohonan dibuat.

i-Sinar KWSP

Pembayaran akan dilakukan sebelum akhir bulan berikutnya, iaitu selepas kelulusan telah diberikan. Manakala pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan.

Pembayaran juga akan dilakukan melalui kaedah pengkreditan secara terus (direct credit) ke dalam akaun bank pemohon.

Pihak KWSP juga ada membuka talian Hotline khas untuk i-Sinar (03-8922-4848) yang mula beroperasi pada 21 Disember ini jika anda terdapat sebarang pertanyaan lanjut.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular