Tidak semua haiwan sebenarnya mahu bersosial dan berkawan. Sama seperti manusia, ada yang suka bersosial dan ada juga yang anti-sosial.

Itulah yang berjaya dibuktikan menerusi satu rakaman video ini yang jelas menunjukkan interaksi seekor ikan paus Beluga bersama burung camar.

Insiden itu dipercayai berlaku di kawasan tepi pantai Hammerfest, Norway dan dirakamkan oleh seorang saksi, Jan-Olaf Johansen.

Trending World by The Epoch Times/Facebook

Pada ketika itu, Jan sedang bersiar-siar di kawasan tersebut sebelum ternampak seekor ikan paus Beluga berinteraksi dengan haiwan yang lain.

Kelihatan seekor burung camar berada di atas permukaan air pada ketika itu lantas menyebabkan ikan paus tersebut berasa ingin tahu.

Pada ketika itu, burung tersebut sedang membawa makanannya berupa seekor ikan. Namun kehadiran ikan paus itu membantutkan niatnya.

Trending World by The Epoch Times/Facebook

Ikan paus itu nampaknya seperti mahu berkawan dan bermain bersama. “Ikan paus tersebut cuba untuk bermain dengan burung camar”, kata Jan.

“Apa yang lebih mengejutkan saya adalah melihatkan betapa lembutnya ikan paus itu. Ia adalah satu peristiwa yang sangat istimewa untuk dilihat”.

Saksikan video tersebut di bawah :

Nampaknya burung camar tersebut kelihatan seperti tidak mengendahkan langsung kehadiran ikan paus berkenaan.

Mungkin burung tersebut berasa terganggu ataupun terancam apabila dirinya didekati makhluk besar daripada dalam air.

“Burung itu walau bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan kemudiannya terbang”, ulas Jan.

Tidak mengapalah ikan paus.. Boleh saja cari kawan yang lain. Lain kali jangan ganggu orang lain makan. Cuba lagi nanti ya!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI VIDEO

Video Popular