Pasukan kempen Presiden Donald Trump memfailkan rayuan ke Mahkamah Agung Amerika Syarikat di peringkat persekutuan untuk membatalkan keputusan oleh Mahkamah Agung Pennsylvania yang mengubah undang-undang pengundian pos.

Kes kempen (pdf) tersebut cuba membatalkan tiga kes yang telah diputuskan oleh Mahkamah Agung negeri itu yang ‘secara tidak sah mengubah’ undang-undang undi pos ‘secara segera sebelum dan sesudah pilihan raya presiden 2020’. Barisan peguam berpendapat bahawa keputusan Mahkamah Agung Pennsylvania telah melanggar Artikel II Perlembagaan Amerika Syarikat dan keputusan duluan mengikat Bush lwn Gore pada tahun 2000 ketika pertikaian pilihan raya negeri Florida.

Tuntutan itu mencari ‘semua remedi yang bersesuaian’, yang merangkumi pengosongan pemilih yang diberikan kepada Joe Biden dan membenarkan Badan Perundangan Pennsylvania memanggil pemilih mereka sendiri. Sementara Electoral College yang memilih pada 14 Disember dari Parti Republikan di Pennsylvania berkata pemilihnya sendiri memberikan undi untuk Trump dan Naib Presiden Mike Pence dalam usaha untuk mengekalkan cabaran undang-undang di negeri tersebut.

“Kempen itu turut bergerak untuk pertimbangan segera, meminta Mahkamah Agung untuk memerintahkan tindak balas segera pada 23 Disember dan menjawabnya pada 24 Disember untuk mengizinkan Mahkamah Agung Amerika Syarikat memberi keputusan sebelum Kongres bersidang pada 6 Januari 2021 ketika penentuan undi elektoral di Electoral College,” merujuk kepada kenyataan Trump, yang diwakili peguam Rudy Giuliani.

“Rayuan ini mewakili kes Mahkamah Agung Amerika Syarikat yang bebas dan pertama kali difailkan serta memohon bantuan penyelesaian berdasarkan hujah undang-undang Perlembagaan yang sama dan berjaya dibangkitkan dalam kes Bush lwn Gore,” tambah Trump.

Seterusnya, tuntutan itu akan cuba membatalkan atau menukar beberapa keputusan mahkamah yang mana ‘mengeluarkan peruntukan Badan Perundangan Pennsylvania yang melindungi penipuan kertas undi pos’.

Tuntutan tersebut menyatakan bahawa undang-undang ini melarang pegawai pilihan raya daripada memeriksa adakah tandatangan kertas undi pos disahkan dan tulen semasa hari pilihan raya, menghapus hak kempen tertentu untuk mencabar kertas undi yang dipertikaikan ketika mereka menemui tandatangan palsu atau masalah lain, melarang pemerhati mengadakan tinjauan dan memberi pendapat pada jarak cukup dekat ketika penjadualan undi di beberapa daerah seperti Philadelphia, dan melonggar atau mengalihkan peruntukan undang-undang yang menetapkan bahawa pengundi perlu menandatangani dan memberi alamat dan tarikh dengan betul dalam kertas undi pos.

“Secara kolektif, ketiga keputusan ini menghasilkan keputusan jumlah dengan anggaran kira-kira 2.6 juta kertas undi yang menyalahi undang-undang sebagaimana yang diwartakan oleh Badan Perundangan Pennsylvania,” tulis peguam Trump, John Eastman sambil menambahkan bahawa ‘ia lebih dari cukup’ apabila kertas undi yang terlibat untuk mempengaruhi keputusan pilihan raya.

John Eastman menyoal sama ada Mahkamah Agung mensyaratkan Setiausaha Komanwel Kathy Boockvar untuk memberi maklum balas atas rayuan yang difailkan oleh peguam kempen itu pada 23 Disember. Pejabat Boockvar tidak memberi jawapan atas permintaan untuk memberi sebarang komen kepada media.

Awal bulan ini, Mahkamah Agung telah menolak untuk mendengar tuntutan yang difailkan oleh Peguam Negara Texas Ken Paxton terhadap Pennsylvania, Georgia, Michigan, dan Wisconsin atas alasan bahawa negeri-negeri tersebut membuat perubahan ke atas undang-undang pilihan raya secara tidak berperlembagaan. Dalam keputusan majoriti hakim 7-2 untuk tidak mendengar kes itu, mahkamah berpendapat bahawa Texas tidak memiliki hak kepentingan untuk membawa tuntutan secara perundangan seperti mana yang sepatutnya, suatu tindakan yang mendapat kecaman daripada Trump dan ahli konservatif lain.

Sementara itu, ahli perwakilan Mike Kelly (R-Pa.) memfailkan tuntutan terhadap eksekutif tertinggi Pennsylvania dengan dakwaan bahawa negeri mengubah undang-undang pengundian pos secara tidak berperlembagaan. Mahkamah Agung sebelum ini menolak permohonan kumpulan tersebut untuk memberikan injunksi bagi menyekat Pennsylvania daripada mengambil langkah lebih lanjut untuk mengesahkan keputusan pilihan raya 2020.

Peguam Kelly mengemukakan petisyen untuk writ certiorari (rayuan semakan) pada 11 Disember, yang telah didengar oleh mahkamah pada 15 Disember, yang berpendapat bahawa keputusan Mahkamah Agung Pennsylvania adalah salah ketika menolak kes mereka kerana hakim berpendapat plaintif memfailkan kes mereka pada kelewatan secara tidak munasabah.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Benua Amerika GLOBAL

Video Popular