The Epoch Times dan media bersaudara NTD telah menyiarkan tayangan perdana filem dokumentari ‘Up We Soar’ pada 20 Disember.

Filem ini memaparkan kisah benar Fuyao yang berusia tujuh tahun dan ibu bapanya di China.

Ibu bapa Fuyao menjadi mangsa penganiayaan Komunis China terhadap Falun Gong, juga dikenali sebagai Falun Dafa. Amalan kerohanian yang berakar umbi kepada tradisi Buddha, Falun Gong diikuti oleh berjuta pengamal yang menjadi sasaran penganiayaan rejim komunis China. 

Bermula bulan Julai 1999, buku-buku Falun Gong telah diharamkan dan dibakar. Mesin propaganda rejim telah memfitnah amalan itu. Ratusan ribu pengamal telah ditangkap. Ramai yang telah diseksa sehingga mati.

Di tengah penganiayaan, bapa Fuyao yang bekerja sebagai pembaca berita telah dipaksa menjadi buruh paksa dalam tahanan. Ibunya yang merupakan seorang guru telah dilarang bekerja. Fuyao dan ibunya telah diarahkan berada dalam tahanan rumah.

Ibu Fuyao terpaksa meninggalkan anak sendiri demi mengelakkan daripada ditangkap. Ibu Fuyao akhirnya telah ditangkap dan dihantar ke penjara untuk menjalani hukuman selama tujuh tahun kerana mengedarkan risalah dan DVD berkaitan Falun Gong.

Walaupun Fuyao berhadapan banyak kesulitan, dia menjadi sumber inspirasi utama buat ibunya yang ketakutan, dikelilingi pembunuh, pengedar dadah dan pengawal penjara yang kejam. 

Ketika ibunya secara beransur-ansur mendapatkan kembali kekuatan dalam diri, dia memelihara dan melindungi Fuyao selama usia remajanya, dengan cara yang luar biasa.

Filem dokumentari animasi, terbitan New Realm Studios dan NTD Television, adalah salah satu daripada siri dokumentari yang dihasilkan oleh Legends Unfolding milik NTD.

Melalui animasi dan wawancara langsung, filem ini menghidupkan kisah benar mengenai keberanian, cinta, dan ketabahan dalam waktu yang paling gelap.

Tonton video di bawah:

Maybe you're interested :

Share

Video Popular