MANILLA- Wabak COVID-19 yang melanda dunia bukan sahaja telah menyebabkan banyak nyawa yang terkorban namun penyakit tersebut juga telah menyebabkan berlakunya kegawatan ekonomi. Akibatnya, ramai orang yang terjejas apabila mereka kehilangan sumber pendapatan dan pekerjaan.

Untuk meneruskan hidup, ramai yang mula bekerja sebagai penghantar makanan. Namun, ada yang mengambil kesempatan ke atas mereka dengan melakukan sesuatu yang tidak baik. Sebuah kejadian ‘prank’ dilaporkan telah berlaku di Manilla, Filipina yang melibatkan penghantar makanan.

Apa yang berlaku ialah 16 orang penghantar makanan FoodPanda telah menjadi mangsa ‘prank’ apabila mereka diminta untuk menghantar makanan ke alamat yang sama.

Seperti yang dilaporkan oleh Coconuts, kejadian itu berlaku di rumah seorang pengusaha, Vladimir Cuevas yang mana dia sendiri juga adalah mangsa kepada ‘prank’ tersebut. Dia kemudiannya telah menceritakan kejadian tersebut di laman Facebooknya. Jumlah keseluruhan pesanan yang diterima adalah kira-kira RM157 pada setiap pesanan.

Cuevas memberitahu bahawa dia terkejut ketika penghantar makanan tiba satu persatu di depan rumahnya tetapi mereka tidak memiliki maklumat nombor telefon untuk menghubungnya, dan alamat rumahnya juga telah digunakan oleh orang lain untuk melakukan ‘prank’ tersebut. 

Cuevas kemudian terpaksa mengambil dan membayar makanan dari empat orang penghantar makanan sementara  beberapa jenis makanan selebihnya dibeli oleh jiran-jiran yang datang untuk membantu. Beberapa orang penunggang lain pula terpaksa meninggalkan kawasan itu dan menjual makanan di tempat lain.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP

Video Popular