Calon presiden demokratik Joe Biden mengungguli di daerah yang menggunakan mesin pengundian Dominion atau HART InterCivic, menurut seorang penganalisis data.

“Bukti analisis menunjukkan penggunaan mesin Dominion X / ICX BMD (Ballot Marking Device), yang dihasilkan oleh Dominion Voting Systems, dan mesin dari HART InterCivic nampaknya mempengaruhi keputusan pilihan raya secara tidak normal,” tulis penganalisis data tersebut dalam sebuah laporan yang disiarkan secara terbuka pada Khamis lalu.

Penganalisis data yang memilih untuk kekal tanpa nama atas alasan keselamatan itu, mempunyai pengalaman selama 30 tahun dalam analisis data, menurut profilnya yang dikaji oleh The Epoch Times.

Dalam penyelidikannya, dia menggunakan data undi dan data banci pada tahun 2017 untuk menyusun senario dasar bagi meramalkan keputusan pemilihan. Kemudian, dia menggunakan model dasar untuk membandingkan keputusan pilihan raya yang berlangsung pada November lalu.

Hasil kajian menunjukkan Biden jatuh di atas garis ramalan di 78 peratus di daerah-daerah yang menggunakan mesin mengundi dari kedua-dua syarikat tersebut.

Analisisnya juga menunjukkan bahawa Biden secara konsisten mendapat 5.6 peratus lebih banyak undi di daerah-daerah itu berbanding peratus yang seharusnya diperolehi.

Analisis data menunjukkan calon presiden Demokrat, Joe Biden mengungguli undian di daerah yang menggunakan mesin pengundian tertentu. (Tangkapan Skrin)

“Itu tidak seharusnya terjadi… Daerah-daerah yang menggunakan mesin Dominion jelas terlalu tinggi,” katanya dalam sebuah video yang menunjukkan hasil penyelidikannya, “Perkara ini adalah sesuatu yang membimbangkan pada pendapat saya… ada sesuatu yang berlaku di sini.”

Dia mengatakan bahawa corak “tambahan 5.6 peratus” tidak disebabkan oleh mesin undi yang disebutkan di atas digunakan secara meluas di daerah pro-Demokrat, ia juga dapat ditemukan di daerah yang memiliki sokongan kuat untuk Presiden Trump.

Penyelidikan ini belum dikaji semula.

NICHOLAS KAMM/AFP via Getty Images

Hart InterCivic tidak segera memberi respons kepada komen dari The Epoch Times. Dominion Voting System juga enggan memberi komen mengenai hasil analisis tersebut. Syarikat itu mengatakan bahawa “mahkamah undang-undang di seluruh Amerika telah berulang kali menegaskan bahawa tidak ada bukti yang dipercayai bagi menunjukkan berlakunya pertukaran undi atau penipuan dengan menggunakan Sistem Pengundian Dominion.”

Analisis itu mengatakan bahawa tiada kesimpulan yang dibuat mengenai siapa yang menyebabkan kemungkinan berlakunya penyelewengan.

Namun, dia percaya bahawa terdapat skema besar yang menunjukkan kemungkinan penyelewengan yang berlaku dalam analisisnya disebabkan oleh kegiatan yang disengajakan.

Walau bagaimanapun, dia tidak menamakan mana-mana syarikat atau pihak yang melakukan kesalahan tersebut.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Benua Amerika GLOBAL

Video Popular