Siapa mahir bermain papan selaju atau pernah mencuba tetapi sering terjatuh? Ya, bukan mudah untuk seseorang bermain papan selaju kerana ianya memerlukan daya keseimbangan yang tinggi.

Namun, dengan latihan yang mencukupi, lama-kelamaan pasti anda juga akan dapat menguasainya

Facebook

Seperti anjing ini yang nampaknya begitu pakar dalam bermain papan selaju. Menerusi video berdurasi 56 saat yang dikongsikan di Facebook baru-baru ini, gelagat seekor anjing yang kelihatan sangat teruja ketika bermain papan selaju membuatkan warganet terhibur.

Facebook

Sedangkan manusia pun bukan semuanya memiliki bakat seperti itu, namun anjing ini berjaya membuatkan ramai mengagumi kebolehannya. Memang menakjubkan! Jarang kita melihat seekor haiwan mampu melakukan perkara seperti itu bukan?

Facebook

Bukan sahaja pandai menyeimbangkan diri, tetapi anjing yang comel ini juga tahu bila waktu yang sesuai untuk meningkatkan kelajuan. Ada beberapa detik anda akan menyaksikan aksi anjing ini turun daripada papan selaju dan berlari untuk meningkatkan momentum. Pintar sungguh!

Facebook

Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telah menular dengan hebat dan menerima hampir 125,000 kali perkongsian di laman Facebook.

Facebook
Rata-rata pengguna laman sosial ini turut meluahkan keterujaan mereka melihat aksi yang dipamerkan oleh anjing berkenaan dan antaranya seperti:

“Anjing comel ini boleh menukar arah ketika menggunakan papan selaju. Anjing ini memang hebat”.

“Seronok melihat anjing ini menikmati masa riangnya. Cemburunya saya kerana saya tidak pandai bermain papan selaju”.

“Anjing ini boleh memenangi pingat emas dalam pertandingan Sukan Olimpik”.

Lihat gelagat anjing ini dengan gayanya bermain papan selaju:

Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular