Sentiasa periksa dahulu wang tunai yang anda terima jika menjalankan transaksi jual beli melalui pembayaran secara ‘cash on delivery’ (COD) atau pembayaran tunai semasa penghantaran. 

Dan jika anda tidak meneliti menyebabkan diri ditipu, tambah kasihan jika wang tunai yang anda terima itu dilihat seperti kes penipuan paling berani yang boleh juga dikatakan tidak masuk akal.

Satu kes penipuan paling lucu dalam sejarah baru-baru ini telah berlaku di Kalimantan, Indonesia apabila seorang pemuda tempatan telah ditipu semasa dia menjalankan urusan jual beli telefon pintar miliknya dengan wang kertas rupiah yang terbukti secara bulat-bulat adalah palsu. 

Facebook

Bukan sekadar wang kertas palsu yang anda fikirkan seperti sindiket wang kertas palsu itu, tetapi ini adalah satu usaha menipu paling terburuk dalam sejarah umat manusia.

Dan anda patut melihat saja gambar di bawah, yang rasanya seorang kanak-kanak berusia bawah 7 tahun pun boleh melukis lebih baik daripada ini!

Facebook

Cubaan membuat wang kertas 100,000 rupiah palsu oleh penipu ini benar-benar tidak masuk akal.

Berikut adalah gambar wang kertas 100,000 rupiah yang sebenar untuk rujukan anda.

Sekadar Gambar Hiasan/Pixabay

Bagaimana pemuda Indonesia ini boleh ditipu? Hendak tergelak kita rasa tidak sampai hati.

Pemuda ini kemudian telah membuat laporan polis di kota Samarinda di mana kejadian itu berlaku pada tengah malam 16 Disember 2020. Sebelum kejadian, kedua-dua penjual dan penipu itu memberikan maklumat masing-masing melalui telefon sehingga mereka dapat mengenali antara satu sama lain dengan mudah ketika bertemu dan menjalankan urusan jual beli.

Sebaik sahaja bertemu, mangsa memberikan telefon pintarnya terlebih dahulu kepada penipu itu dan dia kemudian memberikan wang tunai ‘900,000 rupiah (sekitar RM260)’ kepadanya. 

Facebook

Sepanjang urusan jual beli, penipu itu berada di atas motosikalnya dengan enjin yang masih dihidupkan.

Mangsa membuat kesilapan apabila hanya mengambil wang kertas dan tidak pula memeriksa jumlah atau ketulenannya sebelum penipu itu beredar pergi serta cabut lari.

Ya, memang benar mempercayai kejujuran dan amanah sesama manusia itu adalah sikap terpuji, tetapi tidak sesama manusia tidak dikenali pada ketika dia mungkin tergolong dalam kalangan penipu.

Facebook

Tidak lama selepas itu, mangsa memeriksa wang kertas berkenaan dan mendapati bahawa dia telah ditipu. Mangsa cuba mengejar penipu itu tetapi malangnya, dia telah berlalu pergi terlalu jauh.

Maka ia telah menjadi pengajaran buat semua. Sebelum anda melakukan sebarang transaksi jual beli melalui pembayaran COD, pastikan anda melihat wang tunai itu dengan jumlahnya yang tepat serta ketulenannya terlebih dahulu, sebelum memberikan barang yang mahu dijual. Fikir dahulu sentiasa beringat sebelum kena!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular