Apa yang mesti ada jika anda mahu menonton TV atau filem? Mesti ramai yang memilih untuk mendapatkan snek terlebih dahulu.
Sebelum cerita di TV bermula pelbagai makanan ringan dan minuman sudah disediakan terlebih dahulu. Antara snek yang paling digemari ramai ialah bertih jagung atau ‘popcorn’.
Jika ke panggung wayang biasanya tidak sah kalau tidak mendapatkan ‘popcorn’ sebelum masuk ke bilik tayangan. Tetapi, tahukah anda bahawa anda sebenarnya boleh membuat sendiri bertih jagung yang enak di rumah?
Berikut adalah perkongsian resipi oleh seorang pengguna Facebook yang telah berkongsi cara membuat bertih jagung karamel yang sangat menyelerakan:
Bahan-bahan
- 1 cawan bertih jagung yang boleh dbeli di kedai roti
- 5 sudu besar minyak masak
- 1 cawan gula perang
- 125 gram mentega
- 1 sudu kecil soda bikarbonat

1. Panaskan minyak, masukkan bertih jagung dan kacau sedikit sebelum periuk ditutup.






Mudah bukan? Apa tunggu lagi? Jom buat sendiri ‘popcorn’ untuk tonton filem hujung minggu nanti!
Maybe you're interested :
- Tesco gantung produk pembekal dari China ekoran dakwaan buruh paksa
- Sediakan makanan ringan percuma untuk ‘Geng Rider’, tindakan kecil wanita ini dapat pujian malahan mahu jadi ikutan
- Telatah lucu pasangan ini yang siap membawa meja di dalam kereta semata-mata untuk makan seperti di restoran cuit hati ramai warganet, “polis pun keliru mahu kenakan saman atau tidak!”