CANBERRA – Perdagangan hubungan ekonomi antara dua buah negara Australia dan China dilihat semakin genting. Krisis ekonomi ini bermula sejak Mei lalu apabila China mengenakan cukai sebanyak 80.5% ke atas barli Australia dan menyekat kemasukan daging lembu dari Australia ke China.

Sebagai tindak balas, rangkaian pasar raya Kmart telah menunjukkan tanda sokongan kepada Australia dengan mengeluarkan semua barangan buatan negara China dari pasar raya mereka.

Gambar Hiasan/YouTube

Jurucakap syarikat itu mengatakan bahawa tindakan tersebut merupakan sebuah simbolik yang penting.

“Ini adalah sesuatu yang kecil yang dapat kami lakukan untuk menunjukkan sokongan kami. Kami bermula dengan mengeluarkan pakaian buatan China, kemudian peralatan rumah, cadar dan tuala, peralatan elektrik, mainan, pakaian dalam, pakaian bersalin, tali pinggang, topi dan barang sukan.

Kemudian kami beralih kepada hiasan Krismas, buku, lampin pakai buang, barangan haiwan peliharaan, beg tangan, kasut, alat tulis, pakaian renang dan pakaian tidur.”

Setelah mengeluarkan semua barangan buatan China, beberapa bahagian pasar raya juga mengalami perubahan seperti lantai dan langsir di bilik persalinan.

Rak-rak dan troli juga dikeluarkan tetapi tiada perubahan ketara yang berlaku di pasar raya tersebut. Mesin-mesin layan diri untuk tujuan pembayaran pula kesemuanya buatan Jepun.

Ekoran tindakan itu, beberapa peruncit lain seperti Target, Big W dan Bunnings dijangka akan membuat pengumuman yang sama tidak lama lagi.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES GLOBAL

Video Popular