Setiap ibu bapa punya satu impian, membahagiakan anak-anak mereka walaupun mereka perlu berkorban apa sahaja. Namun, buat anak-anak pula mereka hanya mahu melihat ibu bapa tersenyum kerana mereka.
Sedar bahawa ibu bapa telah melakukan segala-galanya dan berkorban banyak perkara membuatkan ramai yang berusaha untuk menjadi anak terbaik buat ibu bapa masing-masing.
Namun begitu, hakikatnya ibu bapa tidak mengharapkan apa-apa. Mereka juga tidak meminta untuk dibalas jasa namun sebagai anak yang baik memang sudah tanggungjawab untuk membalas jasa mereka.
Misalnya apa yang dilakukan oleh seorang anak yang menghadiahi ayahnya sepasang kasut ini.
Walaupun ayahnya tidak meminta tetapi dia tetap mahu memberikannya kepada si ayah dan momen manis tersebut dirakam sebelum dimuat naik ke laman Twitter.

Menerusi video yang dikongsi oleh gadis bernama Sue itu menunjukkan dia telah membuat kejutan buat ayahnya dengan memberi sepasang kasut berjenama. Namun, sebaik sahaja melihat hadiah itu si ayah terus membebel. Menurutnya, kasut tersebut adalah mahal dan suatu pembaziran.

Selain itu, ayahnya juga sempat supaya Sue berjimat cermat tetapi apa yang menariknya, semasa berleter ayahnya tidak berhenti membelek kasut tersebut. Tidak hanya itu, si ayah juga tetap mengucapkan terima kasih kerana membelikan kasut tersebut buatnya.

Itulah ibu bapa, mereka tidak meminta tetapi jika diberikan mereka tetap menghargai. Mereka mungkin tidak menunjukkan keterujaan atau kegembiraan tetapi dalam hati mereka pastinya bahagia walaupun pemberian yang diberi adalah kecil kerana bagi mereka apa yang penting anak-anak ikhlas memberikan.
Ego seorang abah ???? pic.twitter.com/4QqfkRQsZP
— su (@_sueeeeeee) December 15, 2020
Maybe you're interested :
- Olah lagu Peluang Kedua menjadi lagu berunsur tradisional lengkap dengan tarian tradisional Melayu, buah tangan program latihan seni ini raih pujian ramai
- Berniat bantu pelajar yang kurang berkemampuan jalani kelas dalam talian, Ustaz Ebit Lew tawar gajet Samsung Galaxy Tab A secara percuma kepada pelajar yang benar-benar memerlukan
- ‘Blogger’ dan aktivis dihukum 4 tahun penjara kerana kritik kerajaan Parti Komunis China