WASHINGTON – Setiausaha Perdagangan, Wilbur Ross mengatakan bahawa Amerika Syarikat merancang untuk menyenarai hitam puluhan syarikat China, termasuk pengeluar semikonduktor terkemuka, atas sebab keselamatan negara.

Jabatan Perdagangan mengeluarkan senarai 77 buah syarikat dan sekutu yang juga dikenali sebagai senarai entiti termasuk 59 buah syarikat China.

“Syarikat-syarikat tersebut adalah terdiri daripada syarikat yang terikat dengan Tentera Pembebasan Rakyat,” kata Ross, sambl menambah “Ini berkaitan dengan akses mereka ke produk semikonduktor yang sangat maju.”

Antara syarikat yang disenarai hitam termasuklah Semiconductor Manufacturing International Corp. (SMIC), yang merupakan pengeluar cip negara China yang terbesar dan merupakan firma pembekal kepada Qualcomm dan Broadcomm. Syarikat-syarikat itu akan menyertai Huawei dan ratusan syarikat China yang lain, menurut Ross lagi.

Seorang pegawai keselamatan berdiri di luar bangunan Semiconductor Manufacturing International Corporation (SMIC) semasa pembukaannya di Shanghai, China, pada 22 November 2001. (Reuters)

Langkah tersebut akan “memastikan bahawa China, melalui SMIC, tidak akan dapat memanfaatkan teknologi A.S. untuk membolehkan teknologi canggih mereka untuk menyokong kegiatan ketenteraan mereka yang tidak stabil,” kata Ross dalam satu kenyataan.

Jabatan Luar Negeri mengatakan ada empat buah syarikat China ditambah ke dalam senarai itu kerana “membenarkan pelanggaran hak asasi manusia di China dengan memberikan bahan pengujian DNA atau peralatan pengawasan teknologi tinggi” kepada rejim. Ini termasuk pembuat drone China, DJI, pengeluar drone komersial terbesar di dunia.

“Kami mendesak Parti Komunis China untuk menghormati hak asasi manusia China, termasuk penganut Buddha di Tibet, penganut Kristian, anggota Falun Gong, Muslim di Uyghur dan anggota kumpulan minoriti etnik dan agama lain,” kata Setiausaha Mike Pompeo dalam satu kenyataan.

Juga disetujui 19 entiti China yang terlibat dalam “penyelarasan sistematik dan melakukan kejadian serta-merta secara berkali-kali” pencurian rahsia perdagangan A.S., melemahkan usaha A.S. untuk melawan pemerdagangan bahan nuklear, atau mencabul kawalan eksport A.S., menurut Pompeo. Ini termasuk beberapa universiti pertahanan yang menyokong tentera China.

Pentadbiran Trump juga mengenakan sekatan ke atas puluhan entiti China yang membantu kegiatan agresif Beijing untuk mempertaruhkan tuntutan wilayahnya di Laut China Selatan. Ini termasuk 25 buah institusi penyelidikan yang dikendalikan oleh kerajaan China seperti State Shipbuilding Corporation, dan juga China Communications Construction Company .

Setiausaha Perdagangan Wilbur Ross di Capitol Hill, Washington pada 5 Mac 2020. (Saul Loeb/AFP | Getty Images)

Pada bulan September tahun ini, Jabatan Perdagangan mengirim sepucuk surat kepada syarikat-syarikat yang mengatakan bahawa mereka mesti mendapatkan lesen sebelum mengeksport produk tertentu ke China kerana langkah itu “Mungkin menimbulkan risiko pengalihan ke penggunaan ketenteraan pada Republik Rakyat China.”

Bulan lalu, Jabatan Pertahanan menambah syarikat semikonduktor itu ke senarai hitam syarikat-syarikat yang mempunyai kaitan dengan tentera China, yang secara efektif melarang pelabur A.S. daripada membeli sahamnya mulai akhir tahun depan. SMIC bagaimanapun mengatakan ia tidak mempunyai hubungan dengan tentera China.

Pentadbiran Trump sering menggunakan senarai entiti – yang kini merangkumi hampir 300 buah syarikat dan sekutu yang berpusat di China – untuk mempengaruhi industri utama China. Selain Huawei dan kira-kira 150 sekutu, ZTE Corp juga dimasukkan dalam senarai kerana pelanggaran sekatan.

Pembuat kamera pengawasan Hikvision dimasukkan ke dalam senarai hitam kerana penganiayaan PKC terhadap beberapa kumpulan. Pengurus keselamatan awam Hikvision, Qian Hao, pada tahun 2013 mengatakan bahawa rangkaian kameranya “dapat membantu menjaga kestabilan dengan melihat keluarga dari mana seseorang berasal, kemudian meyakinkan saudara mereka untuk menghentikan mereka dari melakukan sesuatu yang berbahaya, seperti bersama dengan Falun Gong,” amalan meditasi yang mana pengamalnya telah mengalami ancaman hak asasi manusia yang berleluasa sejak Julai 1999. Teknologi Hikvision juga terlibat dalam operasi pengawasan PKC terhadap minoriti Uyghur di Xinjiang.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular