KELANA JAYA – Rakaman kamera pengawasan litar pintas (CCTV) tular memaparkan kejadian kenderaan yang dicuri di halaman rumah menjadi tular di media sosial.

Rakaman video berdurasi 46 saat yang dimuat naik oleh pengguna Twitter @jalalmisai68 memaparkan sebuah kenderaan yang dibawa lari dari halaman rumah ketika waktu siang di mana pemiliknya masih berada di dalam rumah.

Rakaman menunjukkan suspek sedang cuba untuk membuka pintu pagar rumah | @jalalmisai68/Twitter

Dengan kapsyen, “SS4 Kelana Jaya. Kereta dicuri di siang hari, pemilik berada di dalam rumah, kereta diparkir di halaman rumah”, video yang dikongsikan ini menerima pelbagai respon daripada warganet. Rata-ratanya terkejut melihat keberanian serta tindakan sekumpulan pencuri yang sanggup masuk ke dalam halaman rumah seseorang dan membawa lari sebuah kereta pada waktu siang.

Kejadian yang dipercayai berlaku sekitar jam 3.42 petang pada 10 Disember lalu menunjukkan seorang lelaki berpakaian berwarna merah masuk ke halaman rumah dan membuka pintu kereta di bahagian penumpang hadapan.

Lelaki tersebut kemudiannya bergerak menuju ke pagar dan ketika dia cuba untuk membuka pintu pagar, tuan rumah telah menyedari kehadiran pencuri tersebut lalu menjerit kepadanya.

Terkejut dengan jeritan itu, pencuri berkenaan terus membuka pintu pagar manakala seorang lagi rakannya yang berada di dalam kenderaan yang dicuri mengundurkan kenderaan bertujuan untuk melarikannya.

Situasi begitu tegang sehingga memaksa pencuri mengundurkan kenderaan berkenaan dalam keadaan gopoh lalu melanggar dinding pagar.

Tuan rumah kelihatan cuba untuk mengejar suspek tetapi tidak berjaya | @jalalmisai68/Twitter

Tuan rumah cuba untuk menghalang keretanya daripada dicuri namun tidak berjaya. Kedua-dua suspek berjaya melarikan diri bersama sebuah lagi kenderaan lain yang menunggu di luar rumah.

@jalalmisai68/Twitter

“Sekarang adalah waktu terdesak. Sentiasa peka dan berjaga-jaga. Jangan ambil mudah jika anda terdengar bunyi anjing menyalak. Walaupun itu bukan anjing peliharaan anda, kita kena periksa kerana anjing tahu jika seseorang itu adalah orang yang tidak dikenali,” tulis @jalalmisai68.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL VIDEO

Video Popular