Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu, kerana rezeki luar jangkaan boleh datang menghampiri anda dengan cara yang tidak disangka-sangka.

Seorang nelayan miskin dari Thailand tidak menyangka ketulan batu karang yang ditemuinya terdampar di sebuah pantai bukanlah ketulan batu pantai yang biasa kerana ia merupakan muntah ikan paus yang bernilai tinggi harganya.

Tidak banyak yang dia tahu bahawa ketulan batu pantai yang terdampar itu adalah muntah ikan paus yang dianggarkan bernilai USD$3.2 juta (RM12.92juta).

Paparan Skrin/Viral Press

The India Times melaporkan Naris Suwannasang yang berusia 60 tahun sedang berjuang dalam kehidupannya dengan mencari nafkah sebagai nelayan ketika dia tiba-tiba menemui Ambergris yang terdampar di pantai berhampiran tempatnya mencari rezeki, yang ditimbang dengan berat 220 paun (99.79 kilogram).

Ambergris atau nama mudah dikenali sebagai muntah ikan paus merupakan bahan terpenting juga antara bahan paling mewah di dunia dalam pembuatan minyak wangi yang mahal, seperti Chanel No.5.

Paparan Skrin/Viral Press

Naris menemui ketulan ambergris yang disangkanya ketulan batu karang berwarna pucat di tepi pantai ketika dia berjalan berhampiran pantai Nakhon Si Thammarat di selatan Thailand.

Dengan bantuan sepupunya, Naris membawa pulang ketulan ‘batu karang besar’ itu untuk memeriksanya sebelum menyedari ia menyerupai ambergris, bahan rembesan luar biasa yang dikeluarkan daripada ikan paus yang membantu aroma minyak wangi bertahan lebih lama.

Paparan Skrin/Viral Press

Mereka menguji ambergris itu dengan membakarnya mengunakan pemetik api, yang menyebabkan ia mencair seketika dan mengeluarkan bau yang amat harum, dan itu telah mengesahkan teori mereka.

“Seorang ahli perniagaan memberitahu saya bahawa dia akan datang untuk memeriksa kualiti ambergris nanti dan harganya telah mengejutkan saya. Saya boleh menerima sekitar 960,000 baht (RM130,038.89) sekilogram sekiranya ambergris yang saya temui adalah dari kelas terbaik,” kata Naris.

Pada masa sama, Naris berhasrat untuk ke balai polis bagi melapor dan mencatat penemuannya bahawa kesemua ambergris tersebut adalah miliknya sekiranya ia dicuri.

Paparan Skrin/Viral Press

“Saya juga bercadang menemui polis dan meminta mereka merakam penemuan saya kerana saya bimbang ia mungkin dicuri dari rumah saya,” katanya.

Pengeluar minyak wangi mewah mengeluarkan alkohol tanpa bau yang disebut ambrein dari ambergris agar aroma minyak wangi tahan lebih lama. Ambergris berasal dari ikan paus sperma, yang memakan sejumlah besar ‘cephalopod’ iaitu kumpulan spesies sotong dan gurita.

Nampaknya nasib Naris Suwannasang bersama ahli keluarganya akan berubah lebih baik selepas ini dan berharap dia menerima habuannya menerusi perjanjian jualan ambergris yang sah.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular