Kira-kira 20 ahli dewan GOP (Grand Old Party) atau Parti Republikan menggesa pemimpin Kongres, termasuk Ketua Majoriti Senat Mitch McConnell (R-Ky.) dan Speaker Dewan Negara Nancy Pelosi (D-Calif.), untuk menetapkan tarikh pendengaran segera mengenai penipuan pilihan raya menjelang Sidang Bersama Kongres pada bulan Januari ketika ahli membaca undi elektoral.

“Di bawah Perlembagaan Amerika Syarikat dan undang-undang persekutuan, Kongres bertanggungjawab untuk menyelesaikan semua bantahan atau pertikaian pilihan raya persekutuan untuk Presiden, Senat dan Dewan,” tulis ahli perwakilan Mo Brooks (R-Ala.), yang sebelum ini berkata beliau akan berusaha untuk mencabar undi negeri tertentu dalam undi elektoral pada 6 Januari ketika pertemuan Sidang Bersama.

Surat itu yang ditulis oleh Brooks dan ditandatangani oleh 19 ahli dewan GOP yang lain, telah dihantar kepada beberapa ketua jawatankuasa Senat dan Dewan Perwakilan.

Mereka meminta agar ketua panel tersebut “segera bersidang dan mengadakan pendengaran berkaitan… untuk menyiasat semua tuduhan tindakan haram” mengenai pilihan raya 3 November, “menyiasat masalah sistemik yang mempengaruhi” sistem pilihan raya, dan mendengar pendapat pakar untuk mencari jalan penyelesaian mengenai “undi palsu dan tidak sah demi mengembalikan kepercayaan bahawa Amerika Syarikat boleh mengadakan pilihan raya yang bebas dan adil.”

Surat Brooks menyatakan bahawa pilihan raya, yang menjadi subjek tuntutan undang-undang dengan dakwaan penipuan pengundi atau pengundian haram, mungkin menjadi subjek utama atau dasar perdebatan pada 6 Januari, ketika Sidang Bersama Kongres dan pengiraan undi elektoral.

Brooks dan beberapa penggubal undang-undang lain telah memberi petunjuk bahawa mereka akan berusaha untuk mencabar undi elektoral ketika ia dibacakan.

“Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Agung telah menolak perbicaraan, tiada bukti substantif ketika pendengaran untuk membuka perbicaraan, dan mereka memutuskan untuk menolak tuntutan atas merit penipuan undi besar-besaran, pengundian tidak sah, dan tuduhan pencurian pilihan raya dalam pelbagai tuntutan undang-undang lain,” kenyataan Brooks dalam surat itu.

Dengan merujuk ‘Klausa Pilihan Raya’ dalam Artikel I, Bahagian 4, Perlembagaan Amerika Syarikat, Mo Brooks menekankan bahawa Kongres adalah badan yang menetapkan waktu, tempat, dan cara pilihan raya yang melibatkan pegawai persekutuan. Sementara, badan legislatif negara memiliki kuasa untuk menetapkan waktu, tempat, dan cara pilihan raya sekiranya ia tidak bertentangan dengan undang-undang Kongres, menurut surat itu.

Selain Mo Brooks, Senator Rand Paul (R-Ky.) dan Kelly Loeffler (R-Ga.) telah menyatakan kesediaan untuk membantah dan mencabar dalam undi elektoral. Langkah itu memerlukan sekurang-kurangnya seorang Ahli Dewan Perwakilan dan Senator untuk melakukannya.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Benua Amerika GLOBAL

Video Popular