Realitinya, kucing mempunyai kaitan dan ikatan dengan manusia sejak daripada 10,000 tahun yang lampau.

Oleh sebab itulah, kucing lazimnya amat serasi dalam kehidupan seharian manusia. Dengannya, hidup kita jadi lebih bermakna.

Kehadiran mereka sentiasa menceriakan, malah turut menghiburkan hari-hari kita, bahkan buat haiwan yang lain juga.

Foto hiasan/Pixabay

Itulah yang dikongsikan oleh seorang pengguna di laman Facebook, menggunakan nama akaun 陳雅君 ini.

Pada suatu hari, sedang wanita itu berehat di hadapan televisyen, dia melihat keletah kucingnya, Mao Mao dan juga anak anjing yang baru dibelanya.

Daripada belakang, dia melihat anak anjing berwarna hitam itu tidak bergerak dan hanya duduk diam di satu tempat sahaja.

陳雅君/Facebook

Menyedari situasi itu, Mao Mao kemudian bertindak menyelinap dan berniat mahu menganggu ketenteraman rakan anjingnya.

Difahamkan bahawa anak anjing tersebut dijumpai wanita itu di pelabuhan Zhuwei, Taiwan dan dia kemudiannya membawa pulang anak anjing itu yang belum pun membuka matanya. Kasihan!

Dan itu merupakan saat pertama Mao Mao ‘berinteraksi’ dengan anak anjing tersebut. Mao Mao pada mulanya hanya memerhatikan daripada jauh sebelum menyentuh anjing itu.

陳雅君/Facebook

Sebaik sahaja disentuh, anak anjing berkenaan kemudiannya rebah ke lantai. Sebenarnya anak anjing itu sedang lena tidur! Kacau kawan mahu tidurlah Mao Mao..

Pasti Mao Mao pelik mengapa anak anjing itu hingga rebah ke lantai sedangkan dirinya hanya menyentuh anak anjing itu selembut mungkin.

“Mana ada saya tolak dia….”.

Lihat video penuh di bawah :

Sesudah itu, Mao Mao segera memalingkan mukanya ke rak televisyen. Takut dimarahi ‘ibu’ barangkali.

Lucu betul! Apa pun, semoga kedua-dua Mao Mao dan rakan anjingnya itu hidup sihat dan gembira bersama hendaknya.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI VIDEO

Video Popular