Wabak virus Parti Komunis China (COVID-19) telah merebak ke peringkat global. Banyak pihak dan negara yang kini giat mengembangkan vaksin.

PKC juga telah mengumumkan bahawa mereka telah menghasilkan banyak vaksin dan akan melakukan ‘percubaan vaksinasi’ di negara lain dan turut berjanji akan memberi keutamaan kepada Asia Tenggara, Afrika dan negara-negara lain.

Namun, Perdana Menteri Kamboja, Hun Sen, yang berhubungan rapat dengan PKC mengatakan pada bahawa hanya vaksin yang diakui di peringkat antarabangsa sahaja akan digunakan oleh Kemboja. “Kemboja bukanlah tong sampah, dan juga bukan makmal vaksin”.

Walaupun PKC mendakwa bahawa vaksin domestik telah memasuki tahap ‘ujian klinikal’ dan telah berulang kali memastikan bahawa vaksin itu ‘selamat dan berkesan’, namun banyak negara telah mengemukakan persoalan mengenai hal ini.

Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen. (AHN YOUNG-JOON/AFP via Getty Images)

Presiden Brazil, Jair Bolsonaro menyatakan pada bulan Oktober bahawa kriteria China untuk meluluskan kebenaran penggunaan kecemasan adalah tidak telus, dan maklumat yang relevan tidak dapat diperoleh. Jadi beliau memutuskan untuk menolak dijadikan ‘tikus putih’ oleh China.

Unit kesihatan Peru juga menyatakan bahawa seorang sukarelawan mengalami gejala neurologi setelah diberi vaksin yang dikembangkan oleh China National Pharmaceutical Group. Lengannya menjadi sukar untuk bergerak, akibat percubaan klinikal vaksin telah ditangguhkan buat sementara waktu.

Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen pada hari 15 Disember yang lalu, juga mengumumkan bahawa Kemboja telah membeli kumpulan pertama 1 juta dos vaksin melalui platform antarabangsa (COVAX) yang diketuai oleh World Health Organization (WHO), Perikatan Global untuk Vaksin dan Imunisasi (GAVI), dan Perikatan Inovasi Tindak Balas Epidemik (CEPI).

Hun Sen mengatakan bahawa hanya vaksin yang diluluskan oleh WHO yang akan dibeli dan Kemboja tidak akan melakukan ujian vaksin. Beliau mengatakan secara terang-terangan bahawa “Kemboja bukanlah tong sampah, dan juga bukan makmal vaksin”.

Menurut Free Asia Reports, ahli politik Wang Juntao menganalisis bahawa sikap Hun Sen menunjukkan bahawa beliau tidak mempercayai vaksin yang dibuat oleh China dan menyarankan agar vaksin yang dipromosikan China sekarang tidak dihasilkan mengikuti standard profesional antarabangsa.

Sekiranya vaksin yang dihasilkan di China belum berkesan secara sah, Kemboja boleh menunggu sehingga kesan penggunaan China keluar sebelum memutuskan sama ada akan membelinya.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL KESIHATAN

Video Popular