Pengiraan semula pada Rabu lalu mengesahkan kemenangan calon presiden Parti Demokratik, Joe Biden dalam pilihanraya di Michigan adalah palsu.

Pengiraan semula di Antrim County mendapati sebanyak 9,759 undian diberikan kepada Presiden Donald Trump manakala Biden menerima 5,959 undian sahaja.

Pada 3 November yang lalu, pegawai kerajaan mengumumkan Biden telah menerima 3,000 undian melebihi Trump. Dua hari kemudian, mereka memaklumkan Trump telah menang dengan jumlah undian sekitar 2,500. Perubahan ketiga pula dilaporkan pada 21 November di mana Trump disahkan sebagai pemenang dengan hampir 4,000 undian.

Rakyat meletakkan kertas undi di mesin tabulasi di Grosse Pointe, Mich., Pada 10 Mac 2020 (Jeff Kowalsky/AFP | Getty Images)

Keputusan yang berubah-ubah ini didakwa adalah kesilapan daripada manusia sendiri. Antrim County menggunakan mesin dan perisian Sistem Undian Dominion.

Kumpulan luar yang menjalankan audit ke atas mesin berkenaan menemui sistem undian Dominion ini ‘dengan sengaja telah menghasilkan jumlah undian salah yang banyak’ sekali gus menyebabkan kertas undi tersebut terpaksa melalui proses pengadilan.

“Kesalahan yang disengajakan ini telah mencetuskan pengadilan bagi undian yang tiada pengawasan, tiada ketelusan dan tiada jejak audit. Perkara ini telah membawa kepada penipuan pengundi atau pilihanraya. Berdasarkan kajian kami, kami menyimpulkan bahawa Sistem Pengundian Dominion tidak boleh digunakan di Michigan. Kami juga menyimpulkan bahawa keputusan di Antrim County tidak boleh disahkan,” jelas Russell Ramsland Jr, pengasas bersama Allied Security Operations Group.

Sementara itu, Jonathan Brater yang merupakan pengarah pilihanraya Michigan di luar pejabat Setiausaha Negeri Jocelyn Benson mendakwa laporan audit tidak menyatakan tuduhannya tentang reka bentuk sistem pengundian yang ‘disengajakan’ itu.

“Walaupun analisis laporan yang terperinci harus dijalankan oleh individu yang memiliki kepakaran teknikal, jelas bagi saya bahawa laporan tersebut menyebut tentang beberapa siri kesimpulan yang tidak berasas, menggambarkan motif penipuan dan penyamaran kepada prosedur rutin pilihanraya atau pembetulan kesalahan. Tanpa sebarang penjelasan telah mencadangkan elemen perisian pilihanraya tidak digunakan di Michigan adalah tabulasi atau kesalahan laporan yang tidak wujud atau dijelaskan dengan mudah”.

Setiausaha Negara Michigan Jocelyn Benson bercakap di Detroit pada 18 Ogos 2020. (Rebecca Cook/Reuters)

Benson yang juga penyokong Demokratik mengumumkan pada awal bulan lalu bahawa ‘audit risiko terhad margin sifar’ akan dilaksanakan di Antrim County.

Selepas pengiraan dilakukan, Lori Bourbonnais dari Biro Pilihanraya Michigan memberitahu wartawan bahawa keputusan awal audit menunjukkan 11 undian tambahan telah ditemui untuk Trump manakala undian Biden pula menurun sebanyak satu undian. Pegawai juga menemui tiga lagi undian termasuk satu undian untuk calon Libertarian, Jo Jorgensen.

“Ini adalah perkara yang biasa kami temui ketika mengira undi. Perbezaan satu atau dua undian antara yang dikira secara manual atau menggunakan mesin adalah normal. Jadi apa yang berlaku hari ini adalah perkara biasa”.

Seorang lagi pegawai memaklumkan bahawa ketika proses kiraan semula dijalankan, mereka ‘yakin’ dengan keputusan pilihanraya. Mereka turut beranggapan kesalahan laporan pada malam pilihanraya itu berpunca daripada ‘kesilapan manusia’.

Benson dalam satu kenyataan menyatakan bahawa audit ‘mengesahkan kebenaran dan fakta: mesin mengundi Dominion secara tepatnya mengira undian untuk Presiden’.

Berdasarkan keputusan Michigan, Biden memenangi pilihanraya di negeri itu dengan undian melebihi 154,000. Ia merupakan salah satu daripada tujuh buah negeri dengan pengundi yang bertanding.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Dominion, John Poulos memberikan penjelasan terperinci tentang apa yang terjadi terhadap kiraan undi di Antrim County. Jelas beliau, perubahan pemerintahan menyebabkan program mesin itu perlu dikemaskini pada Oktober. Namun, pegawai di Antrim County gagal untuk mengemaskini kesemua 18 mesin. Hal ini bermakna sebahagian mesin memiliki program baharu manakala sebahagian lagi masih kekal dengan program lama.

Pegawai juga terlupa untuk menjalankan ujian ketepatan dan logik program tersebut. Kesilapan ketiga berlaku apabila sebuah firma kontrak memprogram mesin tersebut yang membolehkan kad memori pada kedua-dua program baharu dan lama untuk melakukan pengiraan undi.

Dominion tidak menjalankan program pada mesin dan tiada akses pada sistem Antrim. Dominion juga tidak berhak ke atas sebarang pangkalan data atau bahan pilihanraya.

“Terdapat banyak percanggahan yang tidak masuk akal bagi saya. Tetapi sekali lagi, saya tidak pernah melihat mana-mana fail berkenaan,” kata Poulos.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL Kempen

Video Popular