Pernahkah anda terfikir apa yang berlaku ke atas bekas-bekas telur yang telah dibuang ke dalam tong sampah jika anda tidak mengitar semula atau melupuskannya?

Bekas telur kertas itu biasanya berakhir di tempat pembuangan sampah yang nampaknya tidak memberi manfaat pada pandangan anda.

Berikutan pandemik COVID-19 yang memberi kesan besar ke atas kilang kertas, nampaknya pengeluaran bekas telur kertas semakin berkurangan.

Nanyang Daily melaporkan, kebanyakan perniagaan kini telah dinasihatkan untuk mengitar semula semua bekas telur mereka dan menggalakkan para pelanggan untuk melakukan hal yang sama.

Contohnya, perniagaan pasar raya besar NSK telah bertindak mengumpulkan bekas-bekas telur yang boleh dikitar semula daripada pelanggan mereka dengan memberi bayaran RM5. 

Namun dengan syarat, para pelanggan hanya layak mendapatkan wang tunai tersebut untuk setiap 100 bekas telur yang dikitar semula. 

Oleh itu, jika seisi rumah anda adalah pembeli telur pukal, maka gunakan peluang ini untuk menukar bekas-bekas telur yang telah dikumpul dengan wang tunai.

Seorang pengguna Facebook dikenali Faye Chen telah berkongsi dan  mengesahkan bahawa pasaraya NSK memberikan wang tunai RM5 untuk 100 bekas telur yang boleh dikitar semula. 

Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan mengumpulkan bekas telur tersebut dan membawanya ke kaunter yang mengendalikan pertukaran wang tunai dengan bekas-bekas telur yang akan dikitar semula.

Anda layak mendapat wang tunai RM5 untuk setiap 100 bekas telur yang akan dikitar semula.

Kaedah yang memberi manfaat kepada alam sekitar, menjimatkan longgokan pembuangan sampah disamping anda mampu menjana sejumlah wang. 

Oleh itu, fikir dahulu sebelum membuang bekas telur di rumah anda dan bukankah lebih baik ia dikitar semula?

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular