Masyarakat luar bandar khususnya di kawasan kampung diketahui mengusahakan ladang ternakan mahupun kebun tanaman.

Kita sering disajikan dengan keletah haiwan belaan domestik seperti kucing dan anjing, di mana ia pasti membuatkan kita terhibur.

Namun baru-baru ini, muncul satu video di laman Twitter yang menunjukkan ikatan istimewa antara ayam ternakan dan juga tuannya.

Video yang dimuat naik oleh akaun @anthraxxx itu jelas memperlihatkan sekumpulan besar ayam ternakan yang mengikuti jejak tuannya.

Lelaki itu sebenarnya sedang meniru aksi dalam adegan filem perang. Ya, kayu dinaikkan ke langit seperti memberi arahan untuk ‘askar-askarnya’ bertempur!

Kemudian, lelaki itu turut mara ke hadapan dengan berlari sambil diikuti oleh ‘askar-askar’ di belakangnya itu.

Perkongsian itu ternyata mencuit hati pengguna yang menontonnya. Rata-rata daripada mereka juga turut meninggalkan komen :

@anthraxxx/Twitter

Tahukah anda sebenarnya kajian menunjukkan bahawa ayam juga adalah haiwan yang pintar serta turut beremosi.

Mereka berupaya untuk mendemonstrasikan keupayaan berfikir setara seperti mamalia dan juga primat. Jadi, jangan pandang rendah pada ayam tau!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI VIDEO

Video Popular