Antara momen yang paling berharga apabila bersama anak kecil ialah ketika dapat belajar bersama mereka.
Dengan buku yang berwarna-warni dan gambar-gambar yang menarik pastinya sangat menyeronokkan dan membuatkan si kecil teruja. Sesi pembelajaran biasanya akan lebih menarik jika mereka boleh belajar sambil mendengar bunyi-bunyian.

Namun, lain pula yang berlaku kepada anak kecil ini apabila dia diusik oleh bapanya. Apa yang berlaku ialah dia telah disakat sehingga dia menangis apabila mendengar bunyi lembu yang dibuat oleh bapanya.

Mungkin kerana takut dengan bunyi yang ‘menakutkan’ itu dia terus menangis walaupun tangan masih sibuk menyelak helaian buku haiwan. Si kecil itu kemudian terus mendapatkan ibunya sambil menangis seolah-olah minta dipujuk.

Video lucu tersebut telah dimuat naik oleh ibunya di laman Twitter sehingga menerima pelbagai reaksi netizen.
Daddynye pun over nau buat bunyi cow pic.twitter.com/f2rvEjVuau
— Ayiya ???????? (@twt_alia) December 16, 2020
Ramai yang berasa lucu degan reaksi spontannya. Memang kasihan melihat esakannya tetapi lucu juga dengan reaksinya.
Maybe you're interested :
- Ganggu kumpulan orkestra yang sedang buat persembahan, telatah selamba kucing ini cuit hati penonton
- Parti Komunis China ambil organ daripada tahanan Muslim dalam kempen pembunuhan beramai-ramai
- Tidur di tempat kerja kerana mengantuk selepas maraton drama Korea, Rapid KL denda ‘pekerja’ selepas terima aduan orang ramai