Persaraan memberi peluang kepada rata-rata individu untuk melakukan aktiviti yang sangat mereka mahukan.

Dan peluang keemasan itu tidak disia-siakan langsung oleh lelaki berusia 80 tahun, Eugene Bostick dari Texas, Amerika Syarikat ini.

Eugene sangat dikenali masyarakat di sekitar kawasan itu sebagai konduktor kereta api yang membawa anjing jalanan yang diselamatkan bersiar.

Bored Panda

Istimewanya, kereta api itu adalah buatan Eugene sendiri! Anjing-anjing yang diselamatkan itu akan dibawa jalan-jalan di kejiranan dan kawasan persekitaran.

Difahamkan bahawa Eugene dan adiknya mempunyai kandang kuda. Ramai yang datang dan bertindak meninggalkan anjing di sana.

Bored Panda

“Oleh itu, kami mula memberi mereka makan, bawa ke doktor haiwan untuk dikasikan dan pemeriksaan kesihatan. Kami juga membuat tempat tinggal anjing-anjing itu”, jelas Eugene.

Tidak cukup dengan itu, Eugene turut menyediakan perkhidmatan istimewa iaitu dengan membawa anjing-anjing tersebut bersiar-siar menaiki kereta api khas.

Unik bukan? Lihatlah video di bawah :

YouTube

Idea itu tercetus apabila Eugene dikhabarkan mahu membawa anjing-anjingnya berjalan-jalan namun mempunyai masalah pengangkutan untuk membawa kesemua mereka.

“Satu hari saya ternampak seorang lelaki memandu traktor yang disambungkan dengan kereta sorong untuk membawa batu. Ya, saya lantas sedar bahawa ia boleh dibuat kereta api anjing”.

Bored Panda

Oleh kerana Eugene mahir mengimpal maka dia mengambil tong plastik, potong dan melubangkannya lalu memasang tayar pada tong tersebut sebelum mengikat ianya bersama.

Maka jadilah kereta api buat anjing-anjing kesayangannya. Hebat betul kasih sayang yang dizahirkan Eugene, bukan?

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular