Semua orang akan tersenyum apabila mendengar nama beruang panda disebut. Terbayang wajahnya yang comel termasuk apa-apa sahaja keletahnya yang mahu ditunjukkan.

Haiwan berwarna hitam putih yang jinak itu menjadi khazanah nasional negara China yang sememangnya secara semula jadi amat disukai oleh kanak-kanak kerana dia teramat comel.

Dan kanak-kanak bahkan orang dewasa akan lebih terkejut dan semakin menyukai panda yang comel apabila mendengar suaranya, semasa panda masih bayi.

@TweetAtok|Twitter

Satu rakaman video tular dari luar negara di muat naik dalam Twitter milik @TweetAtok dan ia menarik perhatian ramai warganet setelah mendengar sendiri suara anak panda yang masih bayi kerana ia mirip benar dengan suara anak kecil sedang merengek.

Anak panda tersebut pada ketika ini sedang menjalani pemeriksaan kesihatan sambil beberapa petugas dipercayai di sebuah zoo atau pusat pemuliharaan sedang mengambil ukuran badannya.

@TweetAtok|Twitter

Apa yang melucukan adalah apabila si panda kecil ini mengeluarkan suara jeritannya yang tidak suka disentuh seperti seorang budak kecil merengek.

Seperti dia berkata, “Aww! Aww! Sakitlah!” ketika semua orang sedang serius bertugas untuk mengambil ukuran badannya yang kecil molek itu.

@TweetAtok|Twitter

Anak panda kecil ini bukannya tahu kelahirannya di dunia walaupun seekor, sesungguhnya amat berharga kerana dia itu spesies beruang yang sedang terancam dengan kepupusan. Sudahlah ibu bapanya hendak melahirkannya pun terasa susah dan payah benar.

Tetapi tidak mengapalah, ketepikan semua perkara serius dan kita tumpukan untuk mendengar suara comelnya ini, menjerit macam baru kena suntik dengan jarum, walhal baru kena ukur saiz badan sahaja.

Tonton video comel ini di bawah:

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular