Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, kini menggunakan pelitup muka adalah satu keperluan. Ketika masa kritikal bekalan pelitup muka kehabisan, ia menjadi seperti barang keperluan mewah di pasaran. 

Ketika masa seisi rumah kekurangan bekalan pelitup muka, ramai yang berkongsi hanya beberapa keping pelitup muka dengan saudara terdekat atau teman rapat, dan mereka hanya menggunakannya ketika keadaan benar-benar memerlukan.

Seorang netizen dari Taiwan baru-baru ini memuat naik catatan kisah sedih menyentuh hati di laman Facebook, tentang bapanya yang telah meninggal dunia akibat penyakit kanser tetapi telah meninggalkannya dengan dua bungkusan pelitup muka yang boleh diguna olehnya ketika masa semua orang berasa sukar mendapatkan bekalan stok pelitup muka. 

Sekadar Gambar Hiasan

Sudah hampir setengah tahun berlalu selepas pemergian bapanya, tetapi sebagai seorang anak perempuan, dia teringat akan niat baik bapanya yang penyayang, dan dia masih belum dapat menggunakan barang sekeping pun pelitup muka itu kerana berasa tidak sampai hati dan terus bersedih. 

Netizen Taiwan itu berkata bapanya telah lama dimasukkan ke hospital untuk menjalani rawatan kanser esofagus yang berada pada tahap akhir, dan kemudian dunia mengalami waktu pandemik pada hari terburuk. 

Tempoh wajib pemakaian pelitup muka sangat ketat. Bapa netizen wanita ini sedia maklum untuk melindungi keluarganya. Secara diam-diam, dia menyimpan pelitup muka yang dibekalkan oleh pihak hospital kepadanya setiap hari untuk diberikan kepada ahli keluarganya. 

Setiap kali dia pulang dari hospital, dia memberikannya kepada anak perempuan iaitu netizen ini yang menjaganya di rumah.

“Ini adalah pelitup muka yang ditinggalkan oleh bapa saya. Bapa saya telah dirawat di hospital kerana kanser esofagus tahap akhir. Semasa pandemik semakin serius, hospital telah mengenakan peraturan yang ketat. Hanya seorang dalam kalangan ahli keluarga yang dibenarkan melawat pada setiap hari Sabtu, saya dan kakak saya pada setiap hujung minggu,” tulisnya.

“Saya berjanji dengan bapa akan segera menemaninya pada minggu berikutnya. Dan bapa saya akan pulang selepas rawatan lalu memberi saya sebungkus pelitup muka setiap kali hospital memberikan bekalan itu untuk kegunaannya,” katanya dalam catatan itu.

“Hospital memberinya sekeping pada setiap hari, dan dia diam-diam menyimpannya, dan kemudian hanya akan memakainya jika ia tidak kotor. Tidak mahu menukar pelitup muka jika untuk terus memakainya. Jadi dia tidak memakainya. Kali terakhir saya bertemu dengannya, dia memberikan saya dua bungkus pelitup muka ini… ” 

Facebook

Dalam posting tersebut, netizen ini pernah bertanya kepada bapanya mengapa dia tidak memakai pelitup muka. Bapanya ini menjawab kerana dia berada di hospital, maka dia tidak memerlukannya. Bapanya tetap menyayangi anak dan ahli keluarga dengan cara yang paling senyap bersama kebaikan hati secara merendah diri.

Kemudian, ketika bapanya meninggal dunia, netizen ini tidak dapat berada di sisinya buat kali terakhir, dan dua bungkusan pelitup muka itu hasil pemberian bapanya, telah menjadi pemberian hadiah terakhir buatnya dan ia kini hanya disimpan hari demi hari.

“Pada 3 Julai, bapa saya meninggal dunia. Saya masih belum dapat menggunakan pelitup muka ini hingga sekarang. Saya tidak tahan, benar-benar tidak tahan menanggung kesedihan mengenang betapa sayangnya dia kepada kami … biarkan saja seperti ini, dan saya mahu menyimpannya,” tulisnya.

Catatan itu disertakan dengan muat naik gambar dua bungkusan pelitup muka itu dengan nama bapa netizen ini. Kasih bapanya yang tidak ditunjukkan tetapi amat hebat dan ia mungkin menjadi penyesalan kebanyakan anak untuk membalas jasa dan kasih sayang ibu bapa di saat akhir dengan merasakan kesedihan yang sama. 

Sekadar Gambar Hiasan

Ramai netizen lain telah meninggalkan mesej untuk mengucapkan takziah serta memberi kata dorongan buat netizen ini supaya bertabah dan meneruskan kehidupan yang sihat.

“Bapa anda amat menyayangi anda. Anda anak yang baik dan bertuah,” komen seorang netizen.

Sambil ramai yang teringat ibu bapa masing-masing yang telah meninggal dunia, lalu mereka memberi semangat di antara satu sama lain.

Kita semua harus melupakan kesedihan dan meneruskan kehidupan demi masa depan kalangan ahli keluarga lain yang kita sayangi. Demi kehidupan yang lebih sihat sejahtera.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular