Rata-rata individu terutamanya pencinta kereta sering kali mengimpikan untuk memiliki kereta mewah seperti Lamborghini suatu hari nanti.
Ini disebabkan oleh kereta buatan Itali ini amat terkenal dengan aspek kepantasan, kekuatan serta reka bentuknya yang elegan.
Jenama ini sering kali dikaitkan dengan status, kekayaan dan kemewahan maka tidak hairanlah ia menjadi idaman ramai.

Pasti teruja jika dapat memandunya, seperti satu video yang tular di laman Twitter baru-baru ini.
Video yang dikongsikan oleh pengguna Twitter, @Khairul_35 itu menunjukkan rakannya yang sedang menikmati pemanduan kereta mewah tersebut.
Difahamkan bahawa pengguna itu bersama rakannya sedang dalam perjalanan menaiki Lamborghini untuk pulang ke rumah.
Namun satu kejadian tidak disangka telah berlaku di penghujung video tersebut. Saksikan :
Member baru dapat Lamborghini nak bawak balik rumah. Tengok apa jadi dekat hujung video ???????? pic.twitter.com/h8oX6z7Jxb
— Khairul Azman (@Khairul_35) December 13, 2020
@Khairul_35/Twitter
Ketika rakan Khairul sedang teruja memandu kereta berkenaan, sebuah kereta jenis Perodua Axia di lorong bersebelahan dengan mereka tiba-tiba muncul dengan laju.
Axia berkenaan kemudian dilihat berpusing dan menghampiri kereta Lamborghini mereka. Namun syukurlah kerana mereka sempat mengelak.

Sungguhpun mereka sempat mengelak, namun dipercayai bahawa kereta Axia berkenaan terlibat dalam kemalangan.
Cuma tidak dapat dipastikan sama ada kereta Axia tersebut melanggar apa. Diharapkan agar pemandu dan pengguna jalan raya yang lain selamat.
Ingat, jangan pandu kenderaan laju-laju ya?
Maybe you're interested :
- Monyet comel ini gigih benar bantu tuannya potong kacang buncis di dapur, kalah semua manusia sambil rasa malu pun ada
- Ganggu kumpulan orkestra yang sedang buat persembahan, telatah selamba kucing ini cuit hati penonton
- ‘Blogger’ dan aktivis dihukum 4 tahun penjara kerana kritik kerajaan Parti Komunis China