Apabila mengenang kasih sayang ibu bapa, hati akan terus tersentuh apabila terbayang pengorbanan yang dilakukan oleh mereka demi membesarkan anak-anak yang amat dikasihi, menjadi insan yang berguna.

Pengorbanan dan kasih sayang ibu bapa yang rasanya tidak dapat dibalas sehingga ke akhir hayat, walaupun pada ketika anak-anak sudah membesar dan berkeluarga sendiri. Pada pandangan mata ibu atau bapa, anak-anak dewasa mereka masih si kecil yang perlu untuk dibelai.

GEGAR/Facebook

Dan melepaskan anak-anak pergi ke satu tempat yang jauh daripada pandangan mereka sama seperti melepaskan anak-anak kecil ke tempat lain yang terasing daripada pandangan ibu bapa yang membangkitkan perasaan bimbang.

Rakaman video hasil muat naik seorang pengguna TikTok dikenali @noramusz ini memaparkan kesedihan bapanya yang sedang berdiri di sebelah kenderaan sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada anak dan cucunya yang berada di dalam, yang ingin kembali pulang ke bandar untuk menjalani kehidupan mereka seperti biasa.

GEGAR/Facebook

Jelas terukir kesedihan di wajahnya yang tidak dapat disembuyikan kerana tidak mahu berpisah. Dia terus berasa sebak dan menitiskan air mata kerana tidak sampai hati melepaskan anak dan cucu berlalu pergi. 

GEGAR/Facebook

Si bapa kemudian cuba menahan sebak sambil melambai anak dan cucu yang mahu berangkat pulang ke bandar tetapi hatinya tetap penuh hiba.

GEGAR/Facebook

Melihat video ini, rata-rata kalangan netizen berasa tersentuh dan turut merasai kerinduan ibu bapa masing-masing yang sedang berada di kampung, yang sudah semestinya turut menghitung hari menunggu kepulangan anak dan cucu dari bandar.

Tonton video di bawah:

Maybe you're interested :

Share

Video Popular